10 Jenama Fesyen Menjadi Kegilaan Ramai Di Korea Hari Ini!
Korea

10 Jenama Fesyen Menjadi Kegilaan Ramai Di Korea Hari Ini!

Saya sempat ke Korea untuk bercuti baru-baru ini, ternyata fashion scene mereka semakin pesat meningkat penerimaannya. Saya kongsi 10 jenama fesyen Korea yang menjadi kegilaan lokal juga pelancong di sana! 

Saya berkunjung ke beberapa kawasan popular sekitar Seoul seperti di Seongsu-dong, Sinsa-dong, Bukchon Hanok Village juga sekitarnya. Ini kerana saya dan teman yang turut sama melancong mahu bersama-sama menyaksikan sendiri depan mata beberapa jenama lokal yang menjadi kegilaan anak-anak muda hari ini dari seluruh dunia (paling tidak anak muda sekitar Asia!). Pasti anda juga pernah mendengar beberapa jenama yang sering meniti di bibir penggemar fesyen antaranya seperti jenama FindKapoor, 51PERCENT, Samo Ondoh, Stand Oil, Gentle Monster, Musinsa Standard, Blue Elephant dan pelbagai lagi.

koreaGambar: Getty Images

Tahukah anda bahawa pada tahun 2022, masyarakat Korea Selatan dinobatkan sebagai “Pembelanja Barang Mewah Paling Besar’ di dunia malah jika kita dapat lihat pasaran fesyen di negara ini juga semakin tahun semakin berkembang tinggi dan mereka turut dikatakan bakal berkembang pesat dan mampu mencecah hasil keuntungan hingga 22.92 bilion pada tahun 2028. Begitu hebat penangan mereka, tidak hairan juga apabila kebanyakan jenama antarabangsa hari ini menggunakan wajah-wajah selebriti Korea Selatan sebagai duta dan telah juga terbukti hari ini di mana strategi ini telah memberi keuntungan besar kepada mereka.

See also
Bravery, Ini Barang Kemas Yang Paling Menakjubkan

Ayuh Lihat 10 Jenama Fesyen Kegilaan Ramai di Korea Hari Ini

#1 Ader Error

#2 Blue Elephant

#3 Samo Ondoh

#4 Musinsa Standard

#5 OSOI

#6 NUMBERING

#7 The Open Product

#8 Antara Jenama Hangat di Korea: Stand Oil

#9 51PERCENT

#10 Mesti Kunjung Di Korea: MINJUKIM