Jason Wu Memecah Tradisi Minggu Fesyen Akan Datang - Glam Malaysia

Jason Wu Memecah Tradisi Minggu Fesyen Akan Datang

Dia telah menggayakan ramai selebriti A-List termasuklah bekas FLOTUS Michelle Obama, Jason Wu tidak segan untuk memecah tradisi.

 

Foto: Dave Tacon via ZUMA Wire

Wu telah mengumumkan bahawa dia tidak akan mengikut jadual biasa minggu fesyen dan hanya akan mempersembahkan koleksinya dua kali setahun sahaja. Ini bermakna, dia akan menggabungkan koleksi Resort dengan koleksi Musim Bunganya dan koleksi Pre-Fall dengan koleksi Musim Luruhnya.

 

“Ia sangat memenatkan untuk membuat persembahan empat kali setahun, sudah tiba masanya untuk menikmati lebih sedikit,” mengaku Wu.

 

Koleksi Resort Wu bakal dipersembahkan pada September ini dibawah nama baru, ‘Spring One.’

 

Walaupun dia akan menggabungkan koleksinya, dia tidak merancang untuk mengurang bilangan looks yang bakal dipersembahkan.

 

“Saya merasakan saya kini mempunyai lebih masa untuk mencipta cerita yang lebih menarik. Secara jujurnya, siapa yang berupaya untuk mereka empat koleksi setahun dengan cara yang boleh memberi makna?” nyata Wu lagi.

See also
Game On! Lea Seydoux Cabar Main Kad Louis Vuitton

 

Walaupun banyak jenama besar seperti Gucci, Vetements, Public School, dan Vivienne Westwood sudah mula menggabungkan koleksi wanita dan lelaki wanita mereka, Wu merupakan pereka pertama yang menggabungkan koleksinya mengikut musim.

 

Adakah ini merupakan langkah pertama industri fesyen untuk memberikan fokus kepada kualiti dan bukan sahaja kuantiti.