Use your ← → (arrow) keys to browse
Jennie BLACKPINK sesungguhnya dikenali sebagai ikon fesyen generasi kini. Sentiasa tampil bergaya dalam apa jua yang disarungnya.
Cukup popular di mata dunia, bukan sahaja dikenali menerusi muziknya, malah Jennie, ahli kumpulan BLACKPINK ini turut diminati menerusi gaya fesyennya. Dia dipanggil dengan nama panggilan “Human Chanel” kerana kesetiaannya dalam menggayakan jenama kegemarannya itu. Bukan Sahaja menjadi wajah kepada jenama rumah fesyen Chanel, Jennie turut dilihat berkolaborasi bersama Calvin Klein juga Gentle Monster. Ayuh lihat, stail fesyen signatur Jennie pilihan kami.