Imaan Hammam, Most Covoted Faces of The Decade - Glam Malaysia
Imaan Hammam, Most Covoted Faces of The Decade

Imaan Hammam, Most Covoted Faces of The Decade

Imaan Hammam memulakan langkah sebagai model seawal usia remaja. Dan kini, Imaan antara wajah yang prominen dalam industri fesyen, selain bergelar model, turut dikenali sebagai aktivis dan ikon generasi baharu. Karier awalnya sebagai model yang paling diingati dan ikonik adalah apabila Imaan membuka persembahan fesyen Givenchy musim bunga/panas 2014, yang mana pada musim tersebut merupakan era Riccardo Tisci sebagai Pengarah Kreatif Givenchy. 

Wajah baharu tersebut lantas membuka ruang lain untuk Imaan mengembangkan kerjaya modelling. Momen tersebut adalah sangat bermakna buat model baharu yang baru menceburi industri fesyen. 

Wajah kacukan Moroccan dan Arab ini, cukup unik dan membuatkan jenama-jenama fesyen berebut untuk mendapatkannya untuk menggayakan rekaan masing-masing. Termasuklah, pasukan editorial majalah berpengaruh, seperti Vogue dan Harper’s Bazaar yang kerap menampilkan Imaan untuk muka hadapan dan halaman fesyen. 

See also
5 Stail Fyza Kadir Sepanjang 2023 Pilihan GLAM

Bulan March 2017 merupakan waktu yang menakjubkan buat Imaan, sementelah ditampilkan untuk muka hadapan Vogue Amerika, di samping model-model terhangat waktu itu, seperti Kendall Jenner, Gigi Hadid, Ashley Graham, sempena isu ulang tahun ke-125 Vogue. Penampilan Imaan untuk edisi istimewa tersebut telah mengesahkan status Imaan sebagai salah satu wajah paling didambakan pada dekad ini. 

Bukan itu sahaja, banyak momen lain yang mengukuhkan kerjaya Imaan sebagai model yang berstatus A-list. Antaranya, gandingan bersama supermodel, Iman untuk muka hadapan Vogue Arabia, dilantik sebagai duta kempen Chanel Beauty, dan banyak lagi. 

Penglibatan Imaan dalam dunia modelling bukan sekadar untuk tampil dalam busana designer’s, malah dia menggunakan pengaruh dan platform yang ada untuk menyebarkan mesej-mesej positif mengenai wanita dan kemanusiaan. Inilah yang diertikan sebagai model generasi baharu, yang turut melibatkan diri secara aktif dalam program-program kemanusiaan demi kesejahteraan di masa akan datang. 

See also
Pereka Fesyen Lokal Moto Guo Tercalon Peringkat Separuh Akhir LVMH Prize

Apa yang paling membanggakan ialah Imaan menggunakan Instagram sebagai platform untuk dia berkongsi perspektif mengenai isu-isu tertentu. Yang paling ketara ialah ‘body positivity’’. Imaan sering membicarakan tentang body positivity untuk membantu meningkatkan rasa percaya diri perempuan terhadap tubuhnya sendiri juga warna kulit bagi menghapuskan stigma negatif. 

Imaan benar-benar wanita yang sangat prihatin, pada masa yang sama ohhh yaaa her style!  Stail Imaan usah dinafikan lagi, terbukti sangat stylish. Rujuk sahaja stail-stail yang dikongsi Imaan menerusi Instagram-nya, aren’t you feel inspired? We love you Imaan! 

Artikel berkaitan: Tampil Glamor & Seksi, Beginilah Gaya Terbaik Selebriti di Atas Red Carpet Baru-Baru Ini