Antara wajah yang sering menjadi buruan lensa kamera ketika minggu fesyen, Ulyana Sergeenko mencuri perhatian dengan stailnya yang eccentric serta berinspirasikan era Soviet. Juga merupakan pereka fesyen couture, Ulyana adalah antara sekumpulan wanita dari Rusia yang mencetus evolusi fesyen lantas digelar “The Russian Pack”.