“I LOVE NY”, Kate Spade Merai Ragam Kota New York - Glam Malaysia

“I LOVE NY”, Kate Spade Merai Ragam Kota New York

Memasuki musim luruh tahun ini, Kate Spade New York melansir deretan aksesori kaya corak untuk menapaki hari-hari dengan semangat baharu.

Jika anda mendambakan aksesori beg yang mengangkat rekaan relaks, penuh warna dan mudah dipadu padan, koleksi Kate Spade musim luruh 2021 adalah kuncinya. Revolusi reka bentuk dan seni siluet yang praktikal bersedia untuk melimpahi selera jenama kesukaan wanita moden ini. 

Saat berkarya untuk koleksi luruh 2021, Kate Spade mencari inspirasi sempurna untuk kembalikan rentak dalam alur kehidupan. Menerokai semula tempat tinggal. Mengolah semula gaya peribadi. Menemukan semula diri anda. Semuanya akan terasa normal, namun dari perspektif baharu. 

Kate Spade, jenama asal dari New York, kota yang terkenal dengan identiti eklektik dan vibrant, dengan sisi kosmopolitan. Identiti kota New York itu sendiri dijadikan sebagai aksen dan simbol utama Kate Spade untuk menyempurnakan rekaan yang terkandung dalam koleksi musim luruh 2021. 

 

Kate Spade memberi penghormatan kepada “I LOVE NY” yang ikonik dedikasi musim ini, turut mencedok karakter-karakter warga New York sebagai ilham utama. Ilham tersebut dikutip bercampur dengan unsur rekaan Kate Spade, seperti cetakan haiwan, checks dan ‘spade flower’. 

See also
HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM

 

KOORDINASI BEG

Falsafah Kate Spade untuk musim ini cukup ringkas, garapan beg ragam motif sehinggalah rona-rona grafik dan neutral. Ternyata, Kate Spade cuba merai gaya menerusi palet rona terang yang lebih mencabar. 

Koleksi kapsul “I LOVE NY” membentuk inspirasi, yang mana pada 1977, Milton Glaser pernah melukis logo ikonik ini di bahagian belakang teksi kuning New York. Dan hari ini ia melambangkan perjalanan di seluruh Empire State. 

Dengan sisi kosmopolitan pada gaya desainnya, koleksi beg lahir atas proses pengelaborasian elemen seperti cetakan signatur bunga spade dan haiwan yang berani dalam nada ceria. Lalu, menghadirkan koleksi yang eklektik, berwawasan dan sarat dengan butiran menarik. 

Istimewa untuk tampilan aksesori indah, dari beg besar dan small leather good yang bakal mencuit hati. Kate Spade tawarkan dua kombinasi warna baru Spade Flower Jacquard, iaitu rona krim dan hitam dihiasi jalur warna merah jambu dan merah, dan corak hitam dan putih yang diliputi corak hati nuansa merah. Kuasai seni mencipta reka bentuk sempurna dengan padu padan.

See also
Selebriti Di Barisan Hadapan Pentas Musim Luruh H&M Studio

Terdapat dalam empat ukuran baharu musim ini, termasuk beg kamera, bucket bag, beg galas dan weekender duffle yang chic. 

 

I LOVE NEW YORK. I ALWAYS HAVE. 

Baru untuk musim ini adalah Manhattan Tote, meneruskan kolaborasi bersama Limonta. Yang erdapat dalam corak plaid merah jambu, motif bunga spade dari pelbagai tekstur, baldu dan plaid kait, beg tote yang disesuaikan dengan kemahuan wanita masa kini. Untuk apa jua acara. 

Menegapkan kefungsian, beg tote dilengkapi pemegang lembut dan tali silang-menjadikannya mudah dan selesa untuk membawa segala keperluan dari komputer riba ke sepasang kasut tumit. 

Lovitt, satu lagi beg baharu dari koleksi ini, yang juga menjadi pilihan GLAM, beg bahu pemegang berkilau yang terdapat dalam dua ukuran berbeza. Lovitt hadir dalam rekaan mini, menampilkan evolusi baharu ‘spade hardware’. Direka dalam material kulit halus, butiran lembut dan hiasan timbul kulit buaya serta polka dot, dalam nuansa palet menyala. Butiran yang tersemat bernada feminin dan playful. 

Kate Spade turut hadirkan Zip Code, sorotan tas bahu bersiluet relaks bentuk bulat yang menjadi item kegemaran GLAM musim ini. Tas model Zip Code mencampurkan ragam motif dengan blok warna menjulang statement gaya. Sematkan koleksi beg Knott yang dicemerlangkan dengan butiran moden, seperti siluet kekinian dan material kulit untuk gaya berpakaian yang lebih semarak. 

See also
Windows Of The Future, Aktiviti Terkini Kelestarian Coach

Tak lupa beg Blinx dengan sulaman bertekstur untuk paduan dress senada yang anda kenakan. Semuanya terangkum dalam satu kesatuan koleksi yang memanjakan mata, sempena lembaran baru. 

#katespadenewyork

Artikel berkaitan: Kemegahan Kota Rom, Lansiran Baru BULGARI