Hye Kyo Song, Duta Jenama FENDI Asal Korea - Glam Malaysia

Hye Kyo Song, Duta Jenama FENDI Asal Korea

FENDI memperkukuhkan lagi pengaruhnya dengan pelantikan duta jenama yang baharu iaitu Hye Kyo Song. Pelakon yang cukup berbakat besar itu merupakan anak seni yang tidak asing lagi dikalangan peminat-peminat filem Korea. Selain bakat yang tiada tandingan, kejelitaan serta keperibadiannya antara sebab FENDI memilihnya sebagai duta jenama yang terbaharu.

Menurut Hye Kyo Song, dia cukup teruja berpeluang menyertai keluarga FENDI yang cukup berpengaruh dalam lapangan fesyen. Katanya lagi, dia menantikan kembara baharu bersama FENDI yang pastinya menyeronokkan. Dalam imej rasmi Hye Kyo Song untuk FENDI, Kyo Song digayakan dalam LOOK 10 dan key look dari himpunan musim bunga/panas 2021 iaitu Look 60. Dress midi berkolar luas V dan trench organza bercorak floral diserikan lagi dengan tas tangan medium Peekaboo ISeeU dan Peekaboo ISeeU yang ditambah dengan butiran sulaman. Faktor elegan Kyo Song bercampur siluet feminin kedua-dua rekaan tersebut, meningkatkan lagi karakter yang ingin ditonjolkan FENDI sempena kehadiran lembaran baharu.

Kyo Song mencipta nama melalui lakonannya menerusi barisan filem seperti, Full House, Autumn In My Heart, Encounter dan Descendants of the Sun. Keterlibatannya dalam dunia seni lakon telah bermula sejak 20 tahun yang lalu. Maka itu, kecemerlangannya sebagai pelakon juga ikon fesyen tidak dinafikan lagi. Selayaknya, dilantik oleh FENDI untuk dijadikan duta jenama mewakili wajah Asia.

See also
GLAM 101: The Heroin Chic

#HyeKyoSong

#FendiAmbassador

Artikel berkaitan: Kempen Givenchy SS21, Arahan Pertama Matthew M. Williams