Himpunan Fesyen Met Gala Paling Diingati Sepanjang Zaman
Malam terbesar fesyen, Met Gala telah menampilkan pebagai gaya berani selebriti selama bertahun-tahun.
Met Gala yang berlangsung baru-baru ini turut mempersembahkan gaya terbaik selebriti bertemakan ‘Karl Lagerfeld: A Line Of Beauty’. Ia sempena memberi penghormatan kepada mendiang pereka fesyen tersohor kelahiran Jerman itu yang meninggal dunia pada 2019.
Selain penampilan barisan selebriti dalam persalinan segak dan memukau, turut mencuri perhatian malam itu adalah penampilan Doja Cat dengan prostetik wajah kucing. Jared Leto mengambil satu langkah ke hadapan dengan menyarung kostum kucing kesayangan Karl Lagerfeld, Choupette. Aktor berusia 52 tahun itu kemudiannya menggayakan persalinan serba hitam.
Semak sepuluh lagi gaya paling berani selebriti di karpet merah Met Gala.
0 Comments