Use your ← → (arrow) keys to browse
8. Imaan Hamman
Clean and sleek, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan penampilan Imaan Hamman pada malam MET Gala 2025. Model terkenal ini menyarungkan sut custom putih oleh pereka Poland Magda Butrym, menonjolkan fitted waist, bahu berstruktur dan seluar bersiluet lebar. Imaan memadankannya dengan kemeja hitam dan tali leher polkadot yang dilengkapi dengan tambahan aksesori tongkat hitam pemegang perak serta tumit runcing perak. Dia menghiasi pakaian itu dengan penutup kepala hitam yang diperbuat daripada bunga dan bulu panjang.
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.