Himpunan Busana Terbaik Di Met Gala 2025 Pilihan GLAM - Page 2 of 10 - Glam Malaysia

Himpunan Busana Terbaik Di Met Gala 2025 Pilihan GLAM

2 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Jennie Kim

Menjadi antara bualan terhangat di media sosial, Jennie Kim berjaya mencuri tumpuan buat acara MET Gala kali keduanya. Penampilan custom Chanel oleh Jennie adalah pandangan yang elegan pada tema malam itu, lantas sesuai dengan tema “tailored for you”. Jumpsuit tanpa tali berona hitam, dihiasi dengan butang cabochon mutiara dan diselingi dengan sempurna dengan dua utas mutiara dan kamelia putih yang menjadi simbol ikonik Chanel. Perincian terbaiknya adalah belahan bahagian tengah pada skirt, yang menampakkan seluar dengan potongan lurus ketika dia berjalan ke atas permaidani merah!

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.