Hermes In The Making Mendekatkan Artisan Dengan Umum - Glam Malaysia
hermes in the making

Hermes In The Making Mendekatkan Artisan Dengan Umum

Menerokai dunia artisan Hermes melalui pameran penting mereka, Hermes In The Making.

Jika sesuatu objek itu mempunyai logo Hermes, pastinya ia hadir dengan tanda harga tinggi. Ia setanding dengan seni pembuatannya! Barangan Hermes mampu bertahan dengan lama dek kerana setiap artisan yang bekerja menghasilkan objek itu datang daripada golongan yang terbaik. Arena seni tertinggi oleh para artisan ini wajar diberi penghargaan. Kerana tanpa mereka, belum tentu Birkin atau Kelly mampu dilahirkan. Atas sebab ini, Hermes melancarkan pameran Hermes In The Making, satu acara menghargai para artisan mereka.

hermes in the making

Di satu kiub yang dibina berhadapan dengan Marina Bay Sands, terkumpullah para artisan penting ini. Mereka mempunyai nilai inovasi yang tinggi berserta membawa legasi jenama ini sejak 1837 lagi. Melalui pameran ini kita dipertontonkan bagaimana sesuatu objek penting dihasilkan dan ia mampu bertahan lama dengan seni kraf yang digunapakai sejak dahulu lagi. Jenama Paris ini turut berkongsi proses mewah dan rumit agar pecinta jenama ini kekal menghargai barangan mereka. Sebagai contoh, melihat proses silk engraving daripada artisan yang memerlukan dia mengasingkan setiap rona satu persatu.

See also
Burberry Monogram Dirai Di Pavilion KL

Bukan hanya para artisan sahaja yang berkerja di pameran ini, kita yang hadir turut diberikan peluang untuk mencuba cara mereka menjalankan tugasan masing-masing. Seperti sesi pembelajaran proses menghasilkan skarf. Juga bagi memberi kenang-kenangan ada juga aktiviti mini silk printing yang boleh dicuba oleh orang ramai. Atau belajar menjahit pada material kulit yang cukup penting buat Hermes. Paling menarik adalah ruangan khidmat pembaikkan semula, maka jika ada beg Kelly yang rosak boleh dihantar untuk dibaikpulih oleh artisan terbaik ini.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

hermes in the making