Head-To-Toe Dalam Khoon Hooi - Glam Malaysia
Head-To-Toe Dalam Khoon Hooi

Head-To-Toe Dalam Khoon Hooi

Krisis pandemik telah membataskan pergerakan harian kita. Jikalau sebelum ini, kita bersiap cantik-cantik hendak ke pejabat, namun dalam situasi sekarang, kebanyakan syarikat mengarahkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah. ‘Work from home’ atau singkatannya, WFH telah mengubah cara kita bekerja. Tiada lagi kesesakan lalu lintas pada waktu pagi, tiada lagi keluar ‘lunch break’ bersama rakan sepejabat, dan paling terkilan sekali, tiada lagi hendak siap-siap cantik ke pejabat. Hendak melaram dalam sut kerja baharu pun tidak dapat lagi.

Pun begitu, Khoon Hooi terus positif melancarkan koleksi kapsul baharu yang mengandungi rangkaian aksesori kecil. Pelancaran koleksi ini mencadangkan buat para wanita di luar sana untuk tidak mengenepikan aspek fesyen terutamanya sewaktu bekerja dari rumah. Tidak keluar dari rumah tidak bermaksud stail bukan menjadi kepentingan lagi. That’s wrong!

Khoon Hooi Lifestyle Collection memuatkan aksesori kecil seperti topeng muka, beg mini, topi bucket dan cekak kepala. Ia telah menjadi aksesori wajib ketika berada di rumah juga pabila keluar dari rumah. Memandangkan situasi hari ini, dengan pandemik yang bagai tiada kesudahan, topeng muka telah bertukar kepada aksesori wajib.

See also
Gaya Quirky Chic Mendapat Tumpuan

Setiap satu aksesori yang terkandung memiliki fungsi yang berbeza-beza. Namun apa yang menyatukan koleksi ini ialah kualiti material, yang mana 100 peratus kain silk digunakan. Selain pemilihan material, kefungsian yang memaut turut difokuskan.

Topeng Muka Alia– topeng muka ini menampilkan motif yang digarap daripada arkib jenama Khoon Hooi. Terdapat dua lapisan untuk menapis pengudaran serta mencegah si pemakai dari jangkitan virus Covid-19. Klip hidung juga dilengkapi serta ikatan boleh dilaras mengikut keselesaan. Hadir dengan 5 lapisan filter. Setiap topeng muka Alia dijual dengan harga RM96.

Tas Chiasa– Beg mini Chiasa dilengkapi pemegang mini serta diperindahkan dengan seni ikatan ‘artful’ menunjukkan inspirasi yang diambil dari boxbag tradisional Jepun bento. Rekaannya yang mini sesuai dibawa sekiranya perlu keluar untuk berjumpa kawan-kawan sebentar atau harus ke pasaraya terdekat.

khan hooi

Cekak Kepala Frida-Cekak kepala Frida akan meninggalkan impak sekiranya ia menghiasi rambut anda. Cukup statement motifnya. Versatil dan praktikal, ia boleh digayakan mengikut cita rasa anda. Terdapat gelung yang elastik ditempatkan pada bahagian dalam cekak kepala. Supaya ia selesa dipakai. Boleh dipakai sewaktu mengadakan ‘Zoom’ meeting dengan rakan sekerja.

khoon hooi
khan hooi