Hatta Dolmat terus mengukuhkan namanya dalam industri fesyen lokal dengan koleksi ready-to-wearnya. Himpunan helaian sportswear yang cukup membias nada cool dengan siluet kemas dan minimal menjadi taruhan. Rona putih dan pastel jadi permainan manakala cetakan kumbang suntik nada playful lagi moden. Tidak hairan jika helaian di Hatta Dolmat ini menjadi ceraian wajib ada di gerobok anak muda lokal.