Han Soo-Hee Gayakan Dior Signature Bucket Bag - Glam Malaysia

Han Soo-Hee Gayakan Dior Signature Bucket Bag

Dior Signature Bucket Bag diciptakan untuk wanita yang menginginkan gaya dan fungsi dalam satu rekaan mewah.

Fesyen selebriti Korea terkenal, Han Soo-Hee mencuri perhatian di lapangan terbang dengan gaya santainya namun tetap elegan. Pelakon My Name ini mengenakan Dior Marinière sweater, mini skirt, dan Dior Signature Bucket Bag dari koleksi Spring-Summer 2025. Penampilan Soo-Hee bukan sahaja menjadi inspirasi, malah menonjolkan keanggunan beg terbaru dari Dior ini.

Dior Signature Bucket Bag

Dior Signature Bucket Bag merupakan antara rekaan istimewa yang diperkenalkan oleh Maria Grazia Chiuri untuk koleksi ready-to-wear musim panas 2025. Beg ini tampil dengan rekaan yang tersusun rapi dengan bentuk yang moden dan feminin. Ia hadir dalam dua saiz iaitu kecil dan sederhana bagi memenuhi pelbagai cita rasa dan keperluan.

Antara tarikan utama beg ini ialah materialnya yang mewah. Ia didatangkan dalam pilihan kulit grained berwarna hitam, atau gabungan kanvas ikonik Dior Oblique dengan sentuhan kulit sebagai kemasan. Pada bahagian hadapan, terdapat logo “Christian Dior Paris” dalam kemasan logam emas antik, menambahkan nilai eksklusif pada beg ini.

See also
Scha Alyahya Meraikan Kehebatan Wanita Sedunia Dengan Salvatore Ferragamo

Dari segi fungsi, beg ini sangat praktikal untuk kegunaan harian mahupun ketika melancong. Ruang dalamannya luas dan dilengkapi poket kecil serta penutup tab untuk menyimpan barang keperluan dengan selamat. Tali bahu boleh laras dan boleh tanggal membolehkan beg ini digayakan dalam pelbagai cara mengikut keselesaan pemakai.

Rekaan Signature Bucket Bag ini bukan sekadar aksesori fesyen, tetapi juga simbol gaya hidup moden. Ia sesuai untuk wanita yang aktif, bergaya, dan menghargai kualiti dalam setiap perincian.

 

SooHee sebagai antara selebriti pertama yang menggayakannya, tidak hairanlah jika beg ini menjadi item wajib dalam dunia fesyen tahun ini. Sama ada untuk ke pejabat, acara istimewa, atau perjalanan jauh, Dior Signature Bucket Bag adalah teman sempurna yang menggabungkan gaya dan fungsi dalam satu.

Artikel Berkaitan: Siri Dior Lady Art #9 Diilham Oleh 11 Artis Yang Artistik