Grammy 2025 Menyaksikan Dominasi Busana Kilauan Metalik
Selebriti terkemuka seperti Taylor Swift, Beyoncé, Jennifer Lopez dan sebilangan besar selebriti A-list menghiasi karpet merah, Anugerah Grammy 2025 di Los Angeles. Walaupun GLAM gemar melihat bakat yang diiktiraf dengan anugerah, Tems membawa pulang anugerah persembahan muzik Afrika dan Beyoncé menerima kedua-dua anugerah album country terbaik dan album tahun ini – kami tidak dapat melepaskan pandangan daripada busana yang digayakan pada karpet merah.
Seperti yang dijangkakan, GLAM melihat Sabrina Carpenter dalam gaun satin biru oleh JW Anderson, Taylor Swift memakai gaun mini merah berkilauan oleh Vivienne Westwood dan Charli xcx memukau dengan gaun couture Jean Paul Gaultier berona kelabu. Walaupun terdapat begitu banyak penampilan yang luar biasa dan tersendiri di atas karpet merah, terdapat satu trend yang mengambil tempat teratas, metalik.
Selebriti memilih pakaian emas atau perak dengan fabrik yang berkilat, berhias dan berkilauan yang menonjol. Membuktikan bahawa metalik tidak lagi dikhaskan hanya untuk musim parti, ini adalah busana metalik terbaik dari Grammys.
1. Sabrina Carpenter

2. Beyoncé

3. Cardi B

4. Tems

5. Madison Beer

Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

