GLAM x Coach 2018: Fazura & Fattah Amin 360° Episod 3 - Glam Malaysia

GLAM x Coach 2018: Fazura & Fattah Amin 360° Episod 3

Debaran parti GLAM x Coach 2018 semakin dirasai. Malah Fazura dan Fattah juga semakin ligat dengan persiapan mereka untuk parti tersebut. Hubungan mereka yang jelas melengkapkan diri masing-masing jelas terpancar melalui cubaan mereka untuk memadankan baju masing-masing supaya kedua-duanya kelihatan menawan pada malam itu.

 

Coach musim Bunga 2018 diserikan dengan kombinasi corak Hawaiian, perincian biker dan vintage silhouettes bersama grafik ikonik Keith Haring. Busana sekuin dan satin dipadankan pula dengan kulit metalik. Tidak lupa juga tas tangan terbaru Coach rekaan inspirasi beg kamera vintage diperhalusi dengan Tea Tise Turnlock. Paling digemari apabila Coach menggunakan C monogram pada tas tangan. Kali ini tampil dengan hasil kerja artis Keith Haring, patchwork dihasilkan daripada perincian Americana yang sesuai digayakan siang ke malam.

 

Nantikan kemas kini selanjutnya perihal parti GLAM x Coach! Jika anda mengalami kesukaran untuk menonton video di bawah, sila tonton video ini di SINI.