GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week - Glam Malaysia

GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week

Extravagant merupakan perkataan yang sesuai tatkala menerangkan Minggu Fesyen Adi Busana di Paris baru-baru ini dan saban musim pereka-pereka fesyen tidak pernah mengecewakan lagi dengan koleksi mereka.

 

Musim ini juga menampakkan beberapa kedatangan baru kepada jadual Couture Week dengan penambahan seperti Rodarte dan Proenza Schouler untuk koleksi Spring 2018 mereka.

 

Couture Week juga merupakan peluang buat pereka fesyen untuk bereksperimen dengan konsep-konsep yang mungkin mereka enggan gunakan dalam koleksi ready-to-wear mereka dan honestly kami tidak kisah pun jika mereka menerapkan konsep adi busana ke dalam koleksi sedia pakai mereka.

 

GLAM menyenaraikan koleksi-koleksi yang menambat hati fesyen kami sepanjang Fall 2017 Couture Week ini:

1 of 8

RODARTE

 

Laura dan Kate Mulleavy daripada Rodarte membuat keputusan untuk mencuba sesuatu yang berbeza untuk koleksi mereka kali ini lalu mereka menyertai barisan selebriti lain untuk Minggu Adi Busana Fall 2017 untuk mempamerkan koleksi Spring 2018 mereka. Yes it’s not couture namun koleksi mereka yang penuh unsur fantasi dan elemen musim bunga membuatkan kami terpegun dengan koleksi ini.

See also
Cantik Dalam Masa 30 Hari

 

Ibarat alam fantasi, pentas peragaan mereka yang dihiasi dengan ribuan bunga (bunga juga digunakan sebagai aksesori untuk model-model) di sebuah hospital terbiar dan sekaligus meninggalkan impresi yang sangat mendalam kepada dunia fesyen dengan koleksi debu mereka di Paris.

 

Dress-dress menggunakan tulle yang dimanipulasikan dengan seribu satu cara untuk menampilkan stail yang berbeza.