GLAM Pick: Gaya Terbaik Anugerah Grammy ke-59 - Page 5 of 14 - Glam Malaysia

GLAM Pick: Gaya Terbaik Anugerah Grammy ke-59

Anugerah Grammy yang dinanti-nantikan oleh orang ramai sejurus senarai pencalonan dikeluarkan pada beberapa bulan sebelum ini di mana Beyoncé memecah rekod dengan sembilan pencalonannya akhirnya berlangsung di Staples Center, Los Angeles.

 

Walaupun Beyoncé hanya merangkul dua anugerah daripada sembilan pencalonan, pemenang besar pada malam itu penyanyi bersuara lunak Adele, yang turut memenangi anugerah Album of The Year, menyanjungi rakannya Beyoncé dalam ucapan beliau.

 

Turut menarik perhatian ramai adalah persembahan tribute kepada legenda muzik Prince, David Bowie dan juga George Michaels.

Seperti biasa apa yang penting selain daripada anugerah-anugerah yang disampaikan adalah what did they wear?

 

GLAM menyenaraikan selebriti-selebriti yang menarik perhatian kami dengan gaya mereka.

5 of 14

Charli XCX

Foto: Kyle Rover/startraksphoto.com
-KRL10269

Penyanyi British Charli XCX yang terkenal dengan lagu Boom Clap juga kelihatan memegun dengan dress merah daripada Vivienne Westwood.