GLAM Pick: Gaya Terbaik Anugerah Grammy ke-59 - Page 13 of 14 - Glam Malaysia

GLAM Pick: Gaya Terbaik Anugerah Grammy ke-59

Anugerah Grammy yang dinanti-nantikan oleh orang ramai sejurus senarai pencalonan dikeluarkan pada beberapa bulan sebelum ini di mana Beyoncé memecah rekod dengan sembilan pencalonannya akhirnya berlangsung di Staples Center, Los Angeles.

 

Walaupun Beyoncé hanya merangkul dua anugerah daripada sembilan pencalonan, pemenang besar pada malam itu penyanyi bersuara lunak Adele, yang turut memenangi anugerah Album of The Year, menyanjungi rakannya Beyoncé dalam ucapan beliau.

 

Turut menarik perhatian ramai adalah persembahan tribute kepada legenda muzik Prince, David Bowie dan juga George Michaels.

Seperti biasa apa yang penting selain daripada anugerah-anugerah yang disampaikan adalah what did they wear?

 

GLAM menyenaraikan selebriti-selebriti yang menarik perhatian kami dengan gaya mereka.

13 of 14

Rihanna

Foto: Jim Ruymen/UPI Photo via Newscom

Rihanna was literally fashionably late dengan gaya two piece, top jingga yang berkilau dan kain sutera hitam bertekstur oleh Armani Privé.