GLAM Persona: Odisi Seni Marsha Milan - Glam Malaysia

GLAM Persona: Odisi Seni Marsha Milan

Perjalanan dalam bidang seni yang dilaluinya tidak singkat. Menginjak usia dua dekad dengan laju perlahan roda berputar tidak membuatkan Marsha walau sekejap terfikir mahu menghentikan langkahnya. GLAM mengulik ruang fikir dan rasa Marsha Milan.

PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM PENGARAH SENI KANAN: AMIRUL ARIFIN GAMBAR: AMANI AZLIN
SOLEKAN: SHENG SAW DANDANAN: YUSOF RUZAIMI TEKS: HAFIZAN MOHD BUSANA & AKSESORI: LONGCHAMP

marsha milan

Kelibatnya sebagai pelakon semakin penuh mengisi siaran televisyen bersilih ganti. Belum sempat siri The Maid musim kedua yang sedang berjalan tamat tayangannya, bersilang pula dengan tayangan siri berjudul Seribu Nina di aplikasi VIU. Dua watak berbeza dalam kisah dari latar yang lain memberi satu dimensi baru perjalanan seni hiburannya. Wajah dan bakat Marsha Milan hari ini semakin diraikan.
How do you see yourself now? Soal saya membuka bicara kami. “Marsha sekarang lebih matang. Kalau dulu Marsha boleh katakan agak struggle untuk cari direction dengan zero knowledge. Tapi sekarang apa yang Marsha lihat Marsha lebih understand the job well and also the work momentum. Tujuh belas tahun dalam bidang hiburan perjalanan yang panjang dan mematangkan I must say. I see things in a different way, in a more mature way.”

JAKET BLAZER & JUMPSUIT WOOL BLEND MULTI RONA, BAJU PANAS KOLAR TINGGI KAHSMIR & TAS BOX-TROT SAIZ MINI, LONGCHAMP.

Bercerita lanjut tentang kerjaya dalam bidang nyanyian Marsha berkongsi tentang perancangannya bersama label untuk mengeluarkan single setiap enam bulan bagi mengekalkan momentum bermuziknya. Saya katakan padanya dengan usia bermuzik dan pengalaman yang ada dia deserves untuk memiliki sebuah album yang solid sebagai portfolionya.
Marsha sekarang lebih matang. Kalau dulu Marsha boleh katakan agak struggle untuk cari direction dengan zero knowledge
“I always wanted to make an album but I guess now trend pasaran muzik dah berubah tak macam masa awal-awal Marsha keluar dulu. Pembikinan album mungkin bukan necessary macam dulu sebab banyak hal yang harus dipertimbangkan. Selain kos, Marsha kena fikir juga risiko lain, what if this album didn’t make it and all. Tapi of course kalau diberi peluang Marsha nak memiliki satu album penuh 10 lagu untuk fans semua cuma semua tu tergantung masa dan rezeki.”
MARSHA MILAN

JAKET WOOL BLEND, JAKET NILON RIVERSIBLE, CELANA POTONGAN CARROT & TAS BOX-TROT SAIZ MEDIUM, LONGCHAMP.

Soalan saya seterusnya mahu mendalami her state of mind. Ada hal yang Marsha kesalkan sepanjang bergelar anak seni? “Mungkin if I see myself and direction earlier, I will work harder to polish my talent lebih awal. Yeah I wish I could do that sooner. Selain itu rasanya tiada apa yang terlalu perlu dikesalkan.

Baca lanjut dalam GLAM OGOS 2022

See also
GLAM NEXT FACE: The World Always Revolves Around Nasha Aziz

Artikel berkenaan: GLAM Persona: The Limitless Rhythm Of Yuna