GLAM Mendekati Barisan Pereka Fesyen Generasi Kreatif Kini - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

GLAM Mendekati Barisan Pereka Fesyen Generasi Kreatif Kini

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hasz Hishaam

1. Apakah detik pertama dalam hidup yang membuatkan anda sedar bahawa fesyen menjadi matlamat dan kerjaya yang dipilih?

Sejak di bangku sekolah lagi kami menyedari bahawa fesyen adalah jiwa kami. Ia bukan sekadar hobi tetapi masa depan, dan dari kesedaran itulah lahir impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang fesyen serta membina kerjaya yang menjadi pilihan hingga ke hari ini.

2. Apakah kekuatan buat identiti jenama yang cukup anda banggakan?

Kekuatan identiti jenama kami terletak pada elemen bunga. Sejak awal, termasuk di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), bunga telah menjadi DNA utama yang kami bawa sama ada melalui perincian halus mahupun pemilihan fabrik.

3. Sebagai seorang pereka fesyen generasi kini, apa perkara paling ingin anda cabar dalam naratif industri hari ini?

Kami ingin menolak norma lama yang sering menetapkan sempadan tentang siapa yang dianggap layak berada dalam dunia fesyen. Generasi hari ini perlu membuktikan bahawa fesyen adalah milik semua, tanpa mengira bentuk tubuh, warna kulit mahupun latar belakang.

See also
Anna Jobling: Face of Beauty

4. Siapakah muse atau ikon yang anda impikan untuk memakai rekaan dan mengapa?

Sudah tentu Biduanita negara, Dato’Seri Siti Nurhaliza yang menjadi ikon utama kami impikan untuk memadukan rekaan kami. Selain itu, ikon fesyen seperti Scha Alyahya dan Zahirah Macwilson turut menjadi muse idaman kerana aura mereka yang nyata moden serta elegan.

5. Fesyen adalah …

Fesyen adalah tentang keberanian dalam menzahirkan diri tanpa perlu bersuara.

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.