GLAM Kongsi Berlian Mewah Terbaik Untuk Anda Miliki

GLAM kongsi Berlian Mewah Terbaik Untuk Anda Miliki

Diamonds are a girl’s best friend!”, siapa sahaja yang tidak setuju, bukan? GLAM kongsikan seleksi berlian mewah Estrella Diamond, suntikan gaya peribadi anda untuk pelbagai selebrasi. 

Berlian dan wanita tidak dapat dipisahkan. Demi mencari berlian mewah yang terbaik, kriteria seperti jumlah karat, potongan, warna dan kerjenihan batu menjadi titik pertemuan cinta pertama antara wanita dan batu indah ini saat mata bertentangan. Mencari berlian terbaik bukanlah sesuatu yang mudah, ia harus juga ‘kena’ dengan jiwa dan personaliti si pemakai. 

Berlian sering dikaitkan dengan cinta. Sememangnya, ia memberi simbol ketulusan cinta dan keabadian. Sebagaimana kisah fantasi romantik apabila sang jejaka melamar seorang wanita dengan menghadiahkan sebentuk cincin berlian, seperti itulah pandangan wanita terhadap ketulusan cinta si dia pada mereka. 

Bukan itu sahaja, berlian juga menggambarkan glamor dan gaya hidup mewah. Tidak perlu sekadar pada keraian romantis sahaja anda harus menyarung berlian, berlian hari ini boleh disarung dan dijadikan suntikan perhiasan harian. Yang penting, penggayaan Berlian tidak pernah lapuk dek telan zaman. 

See also
Datin Intan Najuwa: The First Duty Of Love Is To Listen

GLAM Kongsi Seleksi Berlian Mewah Estrella Diamond Terbaik Untuk Anda

Diamond & Platinum baru-baru ini menyambut ulang tahun Estrella Diamond yang ke-20. Tahukah anda bahawa Estrella Diamond memiliki potongan paling ideal? Ini menjadikan ia sebagai berlian yang cukup rare tidak mudah ditemui. Hanya kurang daripada 0.1 peratus daripada berlian di muka bumi ini layak dikategorikan sebagai Estrella Diamond. 

Estrella Diamond tampil dengan potongan cemerlang, api serta kilauan yang terbaik secara serentak di dalam berlian milik mereka. Bukan itu sahaja, jenama ini juga memiliki penggredan prestasi cahaya tertinggi dan terbukti pada dwi pensijilan. 

Mengapa kami gambarkan berlian milik jenama ini antara yang terbaik? Ini adalah kerana mereka memiliki berlian dengan potongan serta pencahayaan yang sempurna serta menjamin prestasi cahaya maksima dalam bentuk hati dan anak panah.

Ia lebih daripada sekadar menanda laras 4C (color, carat, clarity dan cut) serta interaksi hebat berlian dan pencahayaan, Estrella Diamond memeperkenalkan laporan prestasi cahaya Sarine, di mana ia menangkap aspek lain kecantikan berlian yang jauh bezanya daripada laporan penggredan standard. 

See also
La Gaia Collection, Kemilau Raya Diamond & Platinum dan Nurita Harith

Estrella Diamond dipotong dengan begitu sempurna dan memiliki fenomena yang jarang berlaku iaitu menampilkan 8 hati dan anak panah simetri sempurna, menjadikannya crème de la crème of all diamonds.

Begitu sempurna dan cantik dengan empat koleksi ulung, Estrella De Sol, Estrella Mio, Estrella Belleza dan Estrella Valiente. Keempat-empat koleksi ini mengetengahkan kecemerlangan dalam ketukangan, memiliki keseimbangan penyelerakkan cahaya putih dan kilauan terbaik.

Apa yang membezakan Estrella Diamond dengan rangkaian berlian mewah yang lain adalah terletak pada faktor potongannya. Koleksi ini amat mementingkan kiraan formula matematiknya apabila berbicara tentang potongan. 

Dipotong begitu ideal, anda akan melihat 8 simetri anak panah sempurna melalui pandangan atas dan 8 simetri hati pada pandangan bawah langsung menjadikan ia antara berlian mewah dengan proporsi terbaik. Selain daripada itu, Estrella Diamond turut mementingkan konsisten dalam ketukangan. Ini membuatkan jenama ini kekal utuh sehingga ke hari ini. 

Dekati Koleksi Estrella De Sol, Estrella Mio, Estrella Belleza dan Estrella Valiente.

1) Estrella De Sol

Ia merupakan koleksi utama di dalam siri terkini Estrella Diamond. Nama koleksi ini bermakna “Star of the Sun” di dalam bahasa Sepanyol. Desain yang berpandukan pada kilauan serta kemegahan sinar matahari. Direka dengan material terbaik dan perhatian lebih diberikan pada setiap perincian. Menerusi koleksi ini, anda akan melihat posisi batu berlian tengah yang indah kemudian dikelilingi dengan lingkaran batu berlian yang lebih kecil.

See also
Fesyen Karpet Merah Paling Mencuri Perhatian Di Brit Awards 2024

2) Estrella Mio

berlian mewah

Di dalam Bahasa Sepanyol, ia menggambarkan “My Star”. Desain dengan tepiaan bentuk pentagon kemudian diperlengkapkan dengan tatahan batu berlian di tengah. Ini menyimbolkan perjanjian masa hadapan dalam suatu ikatan. Cinta yang tidak boleh dipisahkan antara dua hati.

3) Estrella Belleza  

 

Koleksi ini menggunakan desain geometri floral sebagai highlight nya. Bunga-bungaan di dalam koleksi ini melambangkan ketenangan, dan sesiapa sahaja yang menyarungkannya pasti mengimpikan kebebasan seperti yang diketengahkan koleksi ini.

4) Estrella Valiente

berlian mewah

Kilauan terserlah saat cahaya memantul pada permukaan berlian yang bertatah. Sesiapa sahaja yang menyarung koleksi ini akan merasai magis dan kekuasaan menyelebungi diri tatkala menggayakannya dengan penuh anggun. Ketukangannya yang cukup indah menyemai desain timeless dan cukup sofistikated.