GLAM It Girl: Syaza Atheerah - Glam Malaysia

GLAM It Girl: Syaza Atheerah

GLAM IT Girl bulan ini menampilkan Syaza Atheerah, gadis kelahiran Sabah yang menyerlah sebagai pempengaruh, model dan juga aktres dengan keperibadian segar serta gaya yang autentik.

Syaza Atheerah ialah seorang kreatif serba boleh yang bergerak antara dunia kandungan digital, gaya hidup dan ekspresi diri, sentiasa didorong dengan keperibadian ingin belajar dan berkembang. Bukan sekadar pempengaruh berwajah jelita, dia turut membina karier sebagai model bebas dan tampil sebagai pelakon tambahan dalam filem antarabangsa, Marvel’s Thunderbolts. Kini, kecergasan gaya hidup menjadi sebahagian penting dalam rutin hariannya.

Syaza Atheerah, GLAM It Girl Bulan Ini

1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.

Yapper. Silly. Confident.

2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dalam industri dan mengapa?

Saya sangat terinspirasi oleh aktres Florence Pugh. Pada pandangan saya, dia seorang yang berani mencabar diri dengan pelbagai watak dan pada masa yang sama kekal setia pada jati diri. Satu peringatan bahawa keaslian adalah kunci dalam setiap perjalanan kreatif.

See also
Millenial It-Girl: Dolly Dalilah

3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?

Always stay genuine, sentiasa belajar dan hadapi cabaran dengan minda positif. Saya seorang yang optimis, hidup boleh melemparkan apa sahaja kepada saya namun saya tetap percaya bahawa setiap perkara pasti ada sisi baiknya.

4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?

Definitely boots! Apa sahaja jenis boots, daripada lace-up hingga ke boot paras lutut, ia sentiasa serasi dengan apa sahaja tampilan gaya. Sama ada dipadankan dengan skirt, dress atau oversized tee, item fesyen boots tetap menjadi pilihan utama yang tidak pernah gagal melengkapkan gaya saya.

5. Any favorite purchase recently? If yes, what it is?

Pembelian kegemaran saya baru-baru ini adalah sepasang lace-up boots Dr. Martens yang saya cukup obses! Tetapi saya juga ingin berkongsi tentang bagaimana saya mendapatkan plushie Nai Long semasa perjalanan saya ke Shenzhen buat salah seorang sahabat baik saya, Chloe. Setiap kali saya melancong atau ke mana-mana sahaja, saya selalu terfikir, “Oh, mereka pasti sukakan ini!” sebelum membeli sesuatu untuk diri sendiri. Kemudian, dia menghadiahkan saya plushie Mofusand semasa Krismas, yang kini saya obses dengannya.

See also
NYFW: Oscar de la Renta Spring 2016

6. What’s next for Syaza Atheerah?

With everything that’s been going on, matlamat saya adalah menjalani hidup sepenuhnya sambil terus mencabar had kreatif diri melalui penciptaan kandungan. Saya ingin terus menonjolkan diri, berjumpa dengan orang baharu dan ingin lebih banyak melancong, sambil tetap meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Artikel berkaitan: GLAM It Girl: Chloe Lim

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.