GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka - Page 2 of 6 - Glam Malaysia

GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka

Debaran 25 Oogs 2016 semakin hampir. GLAM membawakan Fashion Future 2016. Tahun ini merupakan tahun kedua GLAM Fashion Future diadakan. Tahun ini GLAM Fashion Future membawa sedikit kelainan dengan menampilkan pereka fesyen antarabangsa dari Indonesia. Misi Fashion Future adalah untuk memeriahkan lagi gelanggang fesyen tempatan dengan menyediakan paltform buat pereka tanah air untuk mempamerkan nilai kreativiti masing-masing dan turut memperkenalkan generasi baru pereka fesyen tanah air.
 
Barisan enam pereka fesyen lokal dan antarabangsa yang bakal memeriahkan GLAM Fashion Future edisi kedua ini ternyata punya bakat tersendiri. Ana Abu, Shals, Arared, JN by Jiuan Ng, Kree dan Sapto Djojokartiko. Mari kenali mereka dengan lebih dekat lagi.

2 of 6

Shals

G 0014 7
 
Shalma Ainaa dan kakaknya, Shalmanisa bersama-sama melancarkan jenama Shals pada 2011 dengan misi pada ceraian yang menggunakan fabrik terbaik serta punya nilai rekaanelegan. Himpunan Shals cukup moden dengan elemen klasik yang cukup anggun. Mereka juga memberanikan diri untuk melancarkan ceraian buat jejaka. Tidak terbatas pada ceraian sahaja, Shals turut melebarkan sayap mereka melancarkan aksesori seperti beg dan barangan kemas dengan tanda harga mampu milik.
 
Dusk to Dawn adalah koleksi yang mewakili gaya sofistikated wanita Shals. Koleksi ini mencerminkan idea dua beradik ini tentang gaya yang selesa tapi masih lagi tampil classy dan elegan. Tampil dengan stail yang lebih relaks dan timeless yang memberikan aura feminin pada setiap koleksi yang diperagakan. Penggunaan palet warna dari biru gelap ke merah jambu diilhamkan dari perubahan warna langit dari waktu senja ke subuh. Visi untuk koleksi ini adalah untuk memperkasakan wanita untuk meneroka keyakinan dalam diri mereka.
 
Jika anda berminat dengan koleksi dari Shals, anda boleh hubungi nombor: 012-9796550 (Shals)

See also
Model-model Generasi Baru Class of Spring/Summer 2018