GLAM-Approved: 8 Hadiah Istimewa Giorgio Armani - Glam Malaysia

GLAM-Approved: 8 Hadiah Istimewa Giorgio Armani

Meraikan perayaan akhir tahun bersama idea hadiah oleh Giorgio Armani serta nikmati aktiviti digital di armanichristmas.com.

Momen yang ditunggu-tunggu oleh semua adalah meraikan hujung tahun bersama orang tersayang. Semestinya jika sudah berkumpul untuk perayaan akhir tahun, kita semua mahu membawa hadiah buat mereka. Bagi meneruskan tradisi ini, Giorgio Armani mahu membantu. Mereka melancarkan aktiviti digital melalui Armanichristmas.com dengan menawarkan idea hadiah buat semua. Layarinya menggunakan telefon bimbit dan nikmati pengalaman digital menerusi Giorgio Armani Maison! Selain itu, aktiviti digital ini juga boleh menghantar ucapan digital kepada orang tersayang. Maka disini GLAM mahu berkongsi lapan item paling hangat daripada Giorgio Armani yang boleh menjadi tanda kasih sayang kamu buat orang tercinta.

PINK CHIC!

Kunci gaya utama buat wanita di Giorgio Armani adalah sofistikated. Mereka ini sukakan gaya kemas namun masih punya elemen yang playful. Idea hadiah di Giorgio Armani daripada himpunan musim luruh 2022 diserikan dengan percikan merah jambu, the hottest color buat musim ini. Jika mahu memberikan hadiah kepada wanita GLAM, pastinya jaket sutera rona merah jambu ini menduduki carta paling atas. Apatahlah jaket ini boleh digayakan kasual mahupun glamor. Lengkapkan gaya dengan kasut rona pop dan beg bahu yang chic!

See also
Mencipta Momen Romantis, Ini 5 Hadiah Istimewa Buat Pasangan Anda

CLASSIC MODE

Dalam mencari hadiah buat lelaki, mungkin kamu rasa sesuatu yang sukar? Tetapi dengan idea yang bakal kamu dapat setelah bermain aktiviti digital di Armanichristmas.com mungkin ia menjadi kerja yang mudah! GLAM mencadangkan hanya dapatkan item yang klasik buat jejaka. Hadiah buat mereka tidak perlu berpaksikan pada trend semata-mata. Seperti baju panas dengan corak jalur ini; classic and fun! Buat yang mahukan sesuatu lebih mewah, hadiahkan orang tersayang dengan cufflinks yang kekal sofistakted.

Pautan Berkenaan: Solekan Glamor Untuk Parti Hujung Tahun Pilihan GLAM!