GLAM 101: The Heroin Chic - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

GLAM 101: The Heroin Chic

Gia Carangi dilabel sebagai supermodel pertama di dunia dengan mengubah erti kecantikan ketika dia mula mewarnai dunia peragaan lewat dekad 70-an sehingga awal 80-an. Wajahnya menjadi kegemaran ramai jurugambar fesyen terkemuka termasuklah Helmut Newtown. Namun kerjayanya mula musnah dek ketagihan dadah.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Selepas setahun bekerja sebagai peragawati di Philadelphia, Carangi mengorak langkah dengan menjadikan New York sebagai tempat membina kerjayanya. Di New York dia mengikat kontrak bersama agensi peragaan milik Wilhelmina Cooper. Antara jurugambar pertama menggunakan Carangi sebagai peragawati adalah Chris von Wangenheim.

WILHELMINA COOPER BERMULA SEBAGAI PERAGAWATI BUAT FORD MODELS DAN MEMBUKA AGENSI PERAGAANNYA SENDIRI PADA 1967.