Nikmati pengalaman seakan di New York dengan projek Coach, Give A Little Love!
Perayaan akhir tahun kali ini pasti lain dengan tahun lalu. Tidak lagi duduk di rumah, kini kita sedikit bebas untuk menikmati dua bulan terakhir dengan lebih selamat. Selari dengan sambutan akhir tahun ini, Coach melancarkan projek Give A Little Love. Ia adalah satu instalasi seni yang membangkitkan perasaan percutian akhir tahun.
Sebagai jenama asal New York, Coach mahu membawa samangat kota itu ke Kuala Lumpur. Maka projek ini mengadaptasi taman permainan salji yang popular di New York. Pastinya ruang hadapan Pavilion Kuala Lumpur menjadi lokasi utama mereka dalam memberikan pengalaman cukup unik ini.
Watak-watak penting Coach tersusun comel dan sedang asyik menikmati Give A Little Love. Ada Belle the penguin, rusa bernama Holly, Ginger the fox, Paddles the goose, burung hantu Luna, hedgehog Spike dan burung Robin. Turut dibina adalah terowong yang penuh dengan lampu kelip-kelip.
Bermula Disember pula, mereka yang hadir ke instalasi ini boleh menikmati animasi 3D pada pintu utama pusat membeli belah ini. Bermanja dengan maskot Coach di butik sambil mengenali koleksi hujung tahun Coach seperti beg Studio dalam motif Signature dan Coach Quilties metalik.