Use your ← → (arrow) keys to browse
Sebentar tadi telah berlangsungnya acara anugerah tahunan The Council of Fashion Designers of America (CFDA), untuk meraikan ikon fesyen.
Mengambil tempat di Cipriani South Street Manhattan, pelakon Natasha Lyonne dipilih menjadi pengacara majlis anugerah ini untuk meraikan ikon-ikon industri fesyen Amerika. Antara selebriti yang hadir adalah seperti Kim Kardashian, Gigi Hadid, Janelle Monae dan ramai lagi. CFDA 2022 bakal meraikan Kim Kardashian dan jenamanya, Skims, di mana dia telah menjadi penerima anugerah pertama untuk kategori terbaru iaitu, Innovation Award. Manakala Lenny Kravitz juga bakal menerima anugerah 2022 Fashion Icon.
GLAM senaraikan gaya selebriti di karpet merah CFDA 2022 yang mencuri tumpuan dunia sebentar tadi!