SAG Awards atau Screen Actors Guild Awards ke-30 yang diadakan pada 25 Februari di Shrine Auditorium and Expo Hall di Los Angeles, California berlangsung meriah dengan kehadiran bintang Hollywood.
Anugerah ini memberi penghormatan kepada pencapaian terbaik dalam filem dan televisyen untuk tahun 2023. Buat julung kalinya ia disiarkan secara langsung di Netflix.
Walaupun karpet merah SAG Awards tidak mendapat perhatian sebanyak Globe Globes atau Oscar, ia tetap menampilkan momen fesyen cemerlang. Sama seperti tahun lalu, penonton tidak mampu mengalihkan pandangan daripada persalinan memukau selebriti kala mereka berjalan di karpet merah SAG Awards 2024.
Kebanyakan artis wanita tampil anggun dalam busana feminin dengan draping menawan. Tahun ini juga menyaksikan lebih ramai selebriti lelaki muncul dalam sut santai berwarna-warni, bukan hitam seperti kebiasaan.