Gaya Fesyen ‘Summer’ Kendall Jenner
Apabila tibanya musim panas lagi-lagi di Malaysia, kita akan sering melihat seluar pendek menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi buat wanita, setuju? Penggayaan fesyen seluar pendek bertali pinggang putih yang dibawa Kendall ini sekali lagi memukau mata yang memandang. Walaupun hanya berseluar pendek, gayanya tetap tampak glamor. Seluar pendek bewarna putih dipadankan bersama kemeja berwarna biru laut, sangatlah aesthetic. Dari segi bahagian penggayaan di kepala pula sangat simple dan clean. Rambut didandan belah tengah kemudian diikat rendah. Kaca mata hitam bujur melintang dipakai dengan penuh gaya. Handbag dan sneakers dipadu sama warna dengan seluar pilihan. Effortless chic!
0 Comments