Use your ← → (arrow) keys to browse
Kakak kandung kepada Kylie Jenner ini hanya tampil berseluar jeans pendek yang berkemasan raw edge dibahagian hujungnya. Dia juga memadukan bersama top putih tidak berlengan. Bukan sahaja membuatkan look ini tampak menarik, malah gaya seperti ini juga amat sesuai untuk musim panas. Dilengkapkan pula dengan handbag kecil yang mudah dibawa kemana-mana dan tidak sarat. Kasut yang berwarna cerah sesuai sekali digayakan bersama look ini. Kendall padankan juga gaya rambutnya yang effortless, diikat simple sambil menyarung kaca mata hitam yang membuatkan dia kelihatan lebih anggun.