Ini Gaya Fesyen Musim Panas Untuk Anda Bulan Ini

Ini Gaya Fesyen Musim Panas Untuk Anda Bulan Ini

Masih tercari-cari gaya fesyen musim panas yang segar untuk anda cuba bulan ini? Apa kata cedok trend pilihan GLAM untuk anda praktikkan sepanjang musim panas ini!  

Memandangkan cuaca cukup panas dan hujan pula muncul tidak menentu membuatkan diri kadang-kadang hanya ingin menggayakan sesuatu yang santai sebagai gaya harian. Adakala cukup malas dan hanya ingin mengenakan t-shirt nipis bersama celana pendek! Kemudian mulalah rasa tidak cukup bergaya dan tidak berkeyakinan apabila bertemu orang. Jangan disalahkan cuaca yang panas. Tahukah anda,  walaupun bergaya ringkas, anda masih boleh tampak bergaya lebih daripada gaya orang yang tampil ‘bersiap’. Ayuh GLAM kongsikan serba-sedikit tip yang boleh membangkitkan idea penggayaan fesyen musim panas untuk anda.

Be confident dalam menggayakan fesyen musim panas…

#1 Pilih material ringan

Mengimbas kembali koleksi musim panas 2024 yang dipentaskan di minggu fesyen lalu, antara yang tidak dapat dilupakan adalah koleksi Victoria Beckham SS24 yang menampilkan pilihan siluet nipis, flowy, dan jersi. Cukup chic, moden dan elegan sesuai dengan musim terik ini. Mengambil inspirasi daripada lenggokan tarian balet kontemporari dan teater muzik, setiap helaian tampak kemas melekap indah di badan sesiapa sahaja yang menyarungnya. Pada kami itulah definisi sebenar siluet yang melambangkan keselesaan dan praktikal dalam gaya seharian.

See also
Bintang Thai BRIGHT, Menyinari Kempen Calvin Klein

fesyen musim panas

Victoria Beckham SS24 (Gambar: Getty Images)

#2 Colors for Summer! 

Berhenti menyarung rona gelap musim ini. Apa kata ubah sedikit penampilan dengan mencuba sarungan rona-rona terang dan ceria. Barulah nampak sedikit segar, mood pun mudah ‘terangkat’ langsung memberi aura mudah didekati oleh orang sekeliling. Tip kami, pilih rona yang mampu membuatkan anda stand out di khalayak ramai. Akan tetapi, hati-hati! Pastikan padanan warna itu tidak membuatkan keseluruhan look anda tampak seperti badut. Pastikan ada keseimbangan dalam memadukan beberapa pilihan warna tersebut. Sebagai contoh, pilih satu item di dalam penggayaan anda dengan rona terang sebagai highlight penampilan anda. It can be your heels, handbag atau juga skirt anda!

fesyen musim panas

Coach SS24 (Gambar: Getty Images)

#3 Eksperimen dengan pelbagai denim

Denim dan musim panas, tidak dapat dipisahkan. Namun hakikat sebenarnya denim ini memang ideal digayakan dalam apa jua musim sekalipun. Cuma, pada pendapat kami, denim ini amatlah sesuai digayakan pada musim panas. Baik seluar denim mini, paras lutut, versi skirt atau juga sebagai top, gaya ini tidak pernah lapuk dek zaman. Malah senantiasa memberi nafas segar pada sesuatu penampilan itu. Namun, jika dilihat menerusi koleksi musim panas 2024 oleh sesetengah rumah fesyen, denim masih menjadi pilihan namun telah diolah kepada sesuatu yang lebih segar. Seperti di Loewe, Jonathan Anderson mereka seluar jeans jenis baggy, wide-leg dan kali ini lebih panjang meleret! Padankan pula dengan t-shirt nipis putih, anda tentu tampak cool!

fesyen musim panas

Loewe SS24 (Gambar: Getty Images)

See also
Deretan Gaya Selebriti Di Gala BoF 500