5 Gaya Fesyen Khainina Khalil Pilihan GLAM
Nama Khainina Khalil sudah pasti tidak asing lagi buat peminat fesyen dan kecantikan yang sering mewarnai laluan #foryoupage anda dengan pelbagai tips solekan dan fesyen.
Siapa sahaja tidak mengenali pempengaruh anggun media sosial, Khainina Khalil, yang terkenal dengan gayanya yang stylish. Selain memiliki penampilan yang menawan, Khainina juga sering berkongsi di laman sosialnya tentang tips kecantikan dan peragaan fesyen yang berjaya mempengaruhi pengikutnya. Gaya hidupnya yang sentiasa up-to-date menjadikannya sumber inspirasi kepada ramai wanita di luar sana yang ingin tampil bergaya dengan penuh keyakinan.
Berikut Ialah 5 Gaya Fesyen Khainina Khalil Pilihan GLAM
Mari kita lihat penampilan fesyen yang digayakan oleh Khainina Khalil dengan pemilihan setiap warna dan tona yang menarik. Ini pilihan kami.
1. Klasik Polka Dots
Seperti yang ramai tahu, corak polka dots tidak akan pernah ditelan zaman dan sering mendapat populariti dalam kalangan penggemar fesyen. Khainina kelihatan anggun menggayakan skirt klasik bertitik hitam. Dengan memadankan bersama leher turtleneck, ia menjadikan keseluruhan look Khainina tampak mewah dan manis romantis.
2. Rona Putih
“How to describe pretty, aesthetic and mesmerising in one word? Khainina”, komen pengikut pempengaruh digital jelita itu di Instagram. Outfit yang cukup menawan dan sangat sesuai digayakan ketika berada di pantai. Padanan gaun kasual panjang dan skirt rona putih memang kombinasi yang on point dan stylish!
3. Leather Queen!
Jika tanya kami, adakah Khainina mampu untuk menggayakan gaya fesyen dalam zon selesa sahaja? Tidak. Kami percaya bahawa wanita jelita ini mampu memadukan setiap penampilannya. Kali ini, dia memilih untuk memadu oversized blazer kulit rona merah bersama seluar kulit yang menaikkan lagi keseluruhan penampilan ini. We love this fashion queen!
4. Chic Way
Jika anda bosan untuk memadu busana yang lain daripada yang lain, apa kata anda bermain dengan penampilan fesyen kot panjang seperti yang digayakan oleh Khainina. Ini adalah di antara gaya elegan Khainina Khalil yang menjadi kegemaran GLAM, anda juga perlu mencuba penampilan chic ini!
5. Y2K Combo
Bukan sahaja membuatkan penampilan ini tampak menarik, malah bagi kami gaya fesyen ini mampu menyuntik sedikit elemen Y2K. Kami tahu bahawa tidak semua di antara kita mampu ‘carry’ gaya fesyen Y2K. Tetapi, Khainina telah membuktikan gaya fesyen ini dapat diselitkan dengan elemen Y2K dan dipadankan bersama top satin yang anggun. Tampil sangat bergaya, Khainina telah menginspirasikan ramai di luar sana untuk memiliki stail yang tersendiri.
Artikel berkaitan: Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil