Sejak bergelar Duchess of Cambridge yang terkenal dengan keanggunannya yang tersendiri menjadikan Kate Middleton ikon gaya perhatian dunia. Mengambl alih tempat mendiang Puteri Diana, ibu kepada Putera William, Duke of Cambridge.
Tidak hairanlah mengapa Kate Middleton menjadi ikon fesyen generasi kini yang gemar dengan kesederhanaan gayanya dan tanpa berselindung turut menyokong jenama high street melengkapi penampilannya. Beliau melangkah ke dalam cahaya sinaran kerabat diraja dengan penuh hormat, bijak serta membawa inspirasi ke dunia fesyen.
Bahkan, Kate Middleton seorang yang setia kepada rekaan pereka fesyen kegemarannya seperti Jenny Packham, Erdem, Mulberry, Alexander McQueen dan L.K. Bennett. Apa yang buatkan Kate seorang yang lagi istimewa adalah beliau tidak takut atau malu untuk membeli-belah di butik-butik di sekitar London seperti Topshop dan Whistles, atau juga memakai semula persalinan yang beliau pernah gunakan sebelum ini.
GLAM singkap stail dan gaya dari Kate Middleton yang ternyata fashionable sebagai inspirasi.