Gaya Cara Delevingne Sewaktu Promosi Filem Paper Towns

Gaya Cara Delevingne Sewaktu Promosi Filem Paper Towns

Cara D Paper Towns5Cara Delevingne dalam persalinan Dion Lee (Gambar: TPGVIP)

 
Transisi Cara Delevingne dari peragawati ke aktres sememangnya mengundang perhatian kelompok fesyen. Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa dia bakal mengundur diri dari dunia peragaan untuk menumpukan sepenuhnya ke bidang lakonan. Filem terbarunya, Paper Towns yang kini ditayangkan di serata dunia menyaksikannya sebagai watak utama malahan dia turut mendapat pujian dari pengkritik filem mengenai lakonan serta auranya yang dikatakan kuat sebagai seorang aktres lantas memperhebatkan lagi khabar angin itu.
 
Kini dia sibuk dengan jelajah promosi filem tersebut dan GLAM himpunkan gayanya sewaktu kemunculan di karpet merah.
 

Cara D Paper TownsGambar: TPGVIP

 
Sewaktu di Madrid, dia memilih ceraian two-piece bersahaja dari Vatanika.
 

Cara D Paper Towns2Gambar: TPGVIP

 

Berlin – Dress pendek Mary Katrantzou ini dipadan dengan bibir rona oxblood suntik elemen seksi dan sultry pada keseluruhan gayanya.

 

Cara D Paper Towns4Gambar: TPGVIP

 

London – Gaya santai dengan padanan skinny jeans dan blazer dari Saint Laurent ini cukup bersahaja dan cool.

 

See also
Rahsia Diet Mariah Carey Sewaktu Residensi Las Vegas?

Cara D Paper Towns3Gambar: TPGVIP

 

Paris – Sedikit matang dalam persalinan Jenny Packham dengan rambut didandan bun.