Rata-rata selebriti yang melewati karpet merah Anugerah Grammy tahun ini tidak mengecewakan! Tidak mahu kalah dalam bergaya, masing-masing muncul dengan persalinan potongan berani citarasa gaya tersendiri. Lihat sahaja Rihanna dengan adibusana mewah dari Giambattista Valli hangat dari pentas Paris, memang unik dan menarik perhatian lensa! Benarlah kata-kata bahawa Anugerah Grammy merupakan medan gaya penuh warna kerana kebanyakan mereka yang hadir berani mengambil risiko dalam penataan gaya.
Rihanna dalam persalinan Giambattista Valli
Taylor Swift dalam persalinan Elie Saab serta kasut Giuseppe Zanotti
Gwen Stefani mengenakan jumpsuit Atelier Verscae
Zendaya tampil dengan trend hangat corak jalur dari Vivienne Westwood
Katy Perry memilih persalinan dari Zuhair Murad juga hangat dari pentas peragaan Paris