Ini Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Bercuti Di Luar Negara - Page 4 of 5 - Glam Malaysia
gaya anna jobling

Ini Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Bercuti Di Luar Negara

Adakah sekarang ini sedang lagi musim bercuti? Ada yang ke Eropah dan ada juga yang melawat Asia. GLAM  kongsi gaya Anna Jobling dan lagi selebriti lokal bercuti yang menjadi pilihan kami.

Baru-baru ini, GLAM sempat melihat di laman media sosial. GLAM tertarik dengan gaya Anna Jobling, Daiyan Trisha, Siti Saleha ramai lagi yang sedang seronok mengembara ke luar negara. Walaupun kebanyakannya hadir untuk tuntutan kerja, namun mereka ini kelihatan sangat gembira dan sempat menyelit masa untuk menikmati keindahan kota yang mereka lawati.

Sudah tentu sekali persiapan percutian ke luar negara ini haruslah lebih ekstra berbanding bercuti di dalam negara. PIlihan baju yang bersesuaian, kelengkapan diri yang cukup, maklumlah henda berkunjung ke negara orang. Sudah tentu lokasi dan pemandangannya yang indah, struktur bandar dan pembangunan ikonik penuh bersejarah membuatkan kita yang melawat tidak menang tangan hendak merakam gambar.

Bukan itu sahaja, generasi hari ini cukup popular dengan terma OOTD. Tidak lengkap jika percutian tidak seiring dengan gambar OOTD melengkapkan lagi memori percutian indah. GLAM kongsikan beberapa gaya yang menjadi pilihan kami untuk anda jadikan inspirasi kala bercuti!

GLAM Kongsi Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Kala Bercuti!

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#4 Daiyan Trisha gadis fashionista

Kami gembira melihat Daiyan Trisha gembira mengembara kota Seoul! Dia yang dijemput untuk menghadiri ke pertunjukan eksklusif Gucci Cruise 2024 yang bertempat di Gyeongbukgong Palace, dilihat berjumpa dengan pelbagai artis Korea ternama. GLAM juga tertarik dengan gaya Daiyan tatkala bersiar-siar di sekitar Seoul. Dia turut mengenakan top Adidas x Gucci GG Trefoil cropped vest bersama padanan skirt paras lututnya dengan lapisan kemeja putih di dalam. Kami sukakan gaya Daiyan yang santai namun stailish!

selebriti lokal bercuti

 

Baca Kisah Menarik: Sejenak Bersama Natasha Ozeir