Gaya Aktres Di Critics’ Choice Television Awards 2015
Wanita hebat televisyen berkumpul di malam Anugerah Critics’ Choice Television 2015 yang berlangsung di Beverly Hilton Hotel, California. Jessica Lange, Maggie Gyllenhaal, Gina Rodriguez dan ramai lagi hadir bagi merebut gelaran terbaik. Kemenangan berpihak kepada tunjang utama drama bersiri Empire, Taraji P. Henson yang menyandang Pelakon Wanita Terbaik dalam kategori Drama Bersiri manakala Sarah Paulson merangkul Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi kategori Filem atau Limited Series hasil lakonan berkesan sebagai kembar Siam dalam American Horror Story: Freakshow. Lihat antara gaya bintang televisyen yang hadir memeriahkan majlis.