Force 10 Rise Simbolik Ultra-Mewah Sejati FRED
Force 10 Rise adalah garapan mewah baharu di FRED yang mengabadikan cinta pada samudera.
Bayangkan ombak lautan yang menghempas pantai dengan penuh tenaga, itulah inspirasi baharu di Maison FRED Force 10 Rise. Dicipta sebagai penghormatan kepada cinta mendalam pengasasnya terhadap lautan, koleksi ini melambangkan keberanian dan visi inovatif FRED. Hampir enam dekad sejak diperkenalkan, Force 10 telah menjadi lambang ketahanan dan semangat juang, dan kini, ia berevolusi dengan sentuhan moden yang lebih bersinar dan dinamik. Koleksi baharu yang bukan sekadar aksesori, tetapi satu simbol keberanian, keanggunan dan semangat yang tak pernah padam.
Menawan, Berani & Berinspirasi
Maison FRED mengungkapkan gaya sejati melalui Force 10 Rise, koleksi yang menampilkan reka bentuk berani dan ikonik. Kabel dan gancu khasnya diperbaharui dengan sentuhan moden, menampilkan gancu bertatahkan berlian pavé yang memancarkan kilauan mewah. Berani, feminin dan mempesona, Force 10 Rise melambangkan keanggunan ultra-mewah yang sebenar.
Force 10 Rise bukan sekadar perhiasan; ia adalah simbolik gaya hidup unggul. Kemilaunya membias wanita yang mengayakan jauhari ini untuk menghadapi setiap cabaran dengan penuh keanggunan dan keyakinan. Mengambil inspirasi daripada salah satu set High Jewelry paling ikonik FRED, koleksi ini mengetengahkan dua elemen yang kuat: kabel dan gancu ikonik dan berani. Namun, kali ini, ia hadir dengan sentuhan eksklusif! Gancunya dihiasi dengan pavé berlian yang berkilauan serta barisan berlian yang memancarkan kilauan luar biasa.
Dihasilkan dalam emas merah atau putih, reka bentuknya menggabungkan bentuk organik dan geometri, mencipta keseimbangan sempurna antara kemewahan dan ketegasan. Inilah statement piece yang anda perlukan untuk menonjol dalam apa jua suasana! Reka bentuk Force 10 Rise membawa dimensi baharu yang lebih eksentrik dan elegan. Cincin lebar dalam koleksi ini tampil dengan karakter tersendiri memancarkan karisma. FRED turut menambah rantai baharu ke dalam koleksi ini, membolehkan anda mencipta kombinasi unik dengan lapisan rantai dalam rona emas berbeza mengikut mood dan personaliti anda.
Manifestasi Keperibadian dan Keunggulan
Koleksi ini turut menawarkan dua pasang anting-anting yang penuh gaya. Sama ada dalam bentuk separa bulan atau hoop, rekaan ini membawa sentuhan moden dan edgy yang boleh disesuaikan mengikut gaya peribadi. Ingin tampil lebih berani? Ear cuff yang hadir dalam koleksi ini membolehkan anda bereksperimen dengan posisi pemakaian untuk mencipta gaya yang lebih avant-garde. Dipakai sendiri atau digabungkan, setiap keping aksesori dalam koleksi ini adalah satu kanvas untuk anda mengekspresikan identiti fesyen anda.
Dengan Force 10 Rise, FRED membawakan tenaga baharu ke dalam koleksi ikoniknya sambil menampilkan visi kontemporari yang segar. Lima rekaan dalam koleksi ini memberi peluang kepada setiap wanita untuk bermain dengan gaya mereka sendiri, mencipta peraturan fesyen mereka sendiri. Dunia barang kemas mewah kini lebih menyeronokkan, berani dan bercahaya dengan kehadiran Force 10 Rise. Sama ada dipakai untuk penampilan harian atau acara eksklusif, koleksi ini membangkitkan semangat untuk mencapai lebih tinggi, berani lebih jauh, dan mencipta kisah gaya tersendiri.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai koleksi FRED Force 10 Rise, layari fred.com atau kunjungi butik FRED di The Exchange TRX
Pautan Berkaitan: Fred Mengabadikan Kilauan Sinar Mentari French Riviera