FOPE, Penyeri Gaya Peribadi Whulandary
Whulandary tampil penuh elegan dalam persalinan barang kemas mewah FOPE yang cukup versatil, sepadan dengan gaya peribadinya.
Pengarah Kreatif: Aizat Aidid & Nisa’ Halid Konsep& Pengurus Kandungan Digital: Amira Azman Pengarah Seni: Amirul Arifin Solekan: Ezad Ibrahim Dandanan: Yusof Ruzaimi Video: Jackie Mah Gambar: Edmund Lee Pakaian: MAJE & Ralph Lauren
Menyambar jiwa moden wanita hari ini, FOPE, mempertaruh ketukangan berinovasi serta menjadi jenama perhiasan barang kemas terbaik dalam memadukan setiap koleksi tercipta bersama apa jua selebrasi yang dirai. Utuh dalam ketukangannya, setiap desain perhiasan milik FOPE tidak pernah mengecewakan. Desain yang mampu mengikut cita rasa sesiapa sahaja yang menyarungnya, tidak hanya terhenti pada satu paksi, sang lelaki juga boleh menyarungkan kemewahan yang sama dengan jenama ini.
GLAM memilih Whulandary, peragawati terkemuka, memperagakan jenama ini. Dia membuktikan setiap koleksi yang melilit wanita cantik ini mampu menyuntik rasa mewah disamping mengekalkan versatiliti sebagai kunci utama. Memiliki karakter penuh berkuasa, Whulandary adalah ikon wanita masa kini. Wanita bekerjaya yang sibuk namun punya cita rasa mewah kala bergaya dan dalam pada masa yang sama mengimpikan perhiasan diri yang praktikal.
FOPE yang telah diasaskan sekian lama semenjak 1929 di Vicenza, Itali menjadi antara jenama terunggul di dalam industri barang kemas hari ini. Mengapa kami katakan barang kemas FOPE ini bersinonim dengan versatil? Ini kerana pada dasarnya, mereka berpegang teguh kepada idea gaya ‘everyday luxury’. Walau sekadar menyarung kemeja dan jeans, atau juga sedang sibuk menguruskan diri dan keluarga, diri masih kekal classy dengan sarungan barang kemas yang cukup selesa, ringan dan dalam pada masa kekal memukau. Idea inovasi ini adalah yang terbaik sekali pernah dicipta jenama barang kemas. Ia memberikan pengalaman berbeza buat si pemakainya.
Bukan itu sahaja, sebuah lagi signatur jenama ini adalah pada teknologi Flex’it nya. Ia membawa maksud kepada teknologi mudah regang yang terdapat pada setiap gelang tangan dan cincin 18 karat emas mereka. Amat menakjubkan! Teknologi ini diinovasikan oleh FOPE dan menjadi ‘paten’ signatur mereka semejak 2007. Kerana begitu flexible, perhiasan barang kemas jenama Itali ini boleh disarung dengan hanya menggunakan teknik roll-on pada pergelangan tangan dan jari.
Antara koleksi FOPE yang menjadi idaman GLAM adalah koleksi Solo, Souls, Panorama, Aria dan Essentials. Kami bakal merungkaikan keistimewaan setiap koleksi ini dan mengapa anda juga harus memilikinya.
Kenali 6 Koleksi Barang Kemas FOPE Pilihan Whulandary
The Aria Collection, diperbuat daripada rantai jaring halus, sesuai buat yang mendambakan gaya minimalis mewah namun inginkan suntikan gaya athleisure di dalam gaya santai mereka. Koleksi ini memiliki koleksi rantai mudah laras serta anting-anting. Mudah untuk mengecam koleksi ini di mana antara perhiasan rantainya memiliki lariat bentuk Y dengan silinder emas (sebagai pengunci) yang boleh bergerak ke atas ke bawah untuk melaraskan saiz dan stail rantai ini. Ia juga memiliki koleksi anting-anting multi-fungsi dimana ia boleh digaya sama ada dibiar panjang tergantung, digayakan pendek dengan mencantum pada bahagian belakang telinga membentuk gaya hoop atau cabut lariat dan hanya menggayakannya sebagai stud.
Whulandary menyarung The Solo Collection Flex’it bracelet with three rondels and diamond pavé, The Aria Collection Adjustable Lariat necklace, The Aria Collection long necklace with diamonds, The Aria Collection necklace with diamonds, The Essentials Collection bicolor Flex’it rings, The Essentials Collection Flex’it earrings with diamonds.
The Souls Collection, koleksi yang didedikasikan untuk pasangan romantik. Perhiasan yang memberi simbol cinta dan keagungan hubungan istimewa. Di dalam koleksi ini, anda akan dapat saksikan cincin 18 karat emas berteknologi Flex’it dan hadir dalam tiga warna berbeza iaitu warna putih, kuning dan rose gold. Dengan satu tatahan batu permata di atasnya baik batu nilam biru atau merah jambu, delima, zamrud, berlian hitam dan putih, cincin koleksi ini sesuai untuk merai teman hidup, rakan baik, ibu bapa dan untuk apa jua selebrasi.
The Solo Collection, menyemarakkan nafas baharu kepada koleksi ikonik Unica, dengan stail gelang yang lebih lebar. Stail ini cukup popular di kala era 90-an. Perbezaannya kini, gelang tangan koleksi Solo lebih flexible dan proporsinya tampak kecil berbanding dengan stail era 90-an. Anda juga boleh melihat perhiasan versi baharu di dalam koleksi ini yang menampilkan gelung emas, mutiara juga berlian di dalam kadar karat yang berbeza. Selain itu, koleksi Solo ini turut menampilkan set sepadan untuk chocker, rantai berangkai dan berjuntai serta anting-anting juga cincin.
Whulandary menyarung The Souls Collection Flex’it rings, The Essentials Collection 18 karat gold hoops earrings, The Solo Collection Flex’it necklace with ornamental clasp and diamond pavé, The Solo Collection Flex’it bracelet with three rondels and diamond pavé, The Solo Collection Flex’it bracelet with three rondels and black diamond pavé, The Solo Collection Flex’it bracelet with double rondels and diamond pavé.
The Essentials Collection, mencerminkan idea mewah untuk semua. Desainnya yang cukup menampilkan gaya moden kontemporari sesuai digayakan dalam apa jua busana dan acara. Menarik tentang koleksi ini di mana ia mengetengahkan gaya elegan, versatil dan dalam pada masa yang sama hadir dalam harga berpatutan. Lengkap berteknologi Flex’it dan memiliki tiga pilihan rona emas yang mampu dipadankan dengan koleksi FOPE yang lain.
The Prima Collection, buat anda yang sukakan tali halus, barang kemas koleksi ini adalah paling ideal untuk anda. Pembuatan yang sangat ringan menampilkan 18 karat emas. Koleksi ini juga menampilkan anting-anting dan rantai berbentuk juntai sama dalam saiz panjang dan standard. Jika anda mendambakan stail minimalis, anda boleh sarungkan koleksi ini, atau jika mahu tampil lain daripada yang lain, anda boleh lapiskan dengan koleksi FOPE yang lain.
The Panorama Collection, lambang gaya mewah sebenar FOPE. Memiliki sentuhan elegan gaya signatur Novecento dengan suntikan 18 karat emas, desain koleksi ini lebih lebar dan halus memberikan rasa lain apabila menyarungkan koleksi ini. Koleksi ini amat ideal buat anda yang inginkan sentuhan glamor dan elegan.
Whulandary menyarung The Solo Collection Flex’it necklace with ornamental clasp and diamond pavé, The Solo Collection Flex’it necklace with ornamental clasp and black diamond pavé, The Panorama Collection bracelets, The Solo Collection Flex’it bracelet, The Vendome Collection Flex’it Ring with Sapphire, The Vendome Collection stud earrings with diamonds.
Mendekati gaya santai Whulandary, namun dia masih tampil ekstra setiap kali kami memandangnya. Itu simbol gaya peribadi wanita ini. Dia bijak padu-padan terutama sekali barang kemas. Begitu juga apabila dia menyarung busana formal ataupun ala edgy, setiap paduannya pasti tampil on point. Teknik layering adalah salah satu kunci dalam menggayakan barang kemas. Seperti di FOPE, setiap koleksinya berunsurkan desain kontemporari moden namun masih mampu tampil mewah memukau.
Singgah ke butik FOPE yang terletak di SUEN No. 119 Jalan Maarof, Taman Bangsar 59000 KualaLumpur. Hubungi +6012 239 9029 untuk membuat temujanji.
Pautan Berkaitan: #EVERYDAYJOURNEY, Kembara FOPE Penuh Keagungan dan Selebrasi