Flex Your Elegance Bersama Fope
Fope yang kaya dengan sejarahnya, bijak menggabungkan seni kraf yang tinggi bersama teknologi terkini. Fope yang bersifat fleksibel lantas menerjemahkan citra lebih kool serta elegan nan kontemporari bersama Diana Moggie. Fope yang dibawakan oleh Suen Jewellers kini bangga dengan butik baharu di Seibu, The Exchange TRX.
Kemewahan barang kemas di Fope tidak boleh disangkal lagi. Semua yang dipersembahkan oleh Fope menggunakan material emas 18K yang cukup indah. Serta menambah rasa eksklusif, barang kemas di Fope juga turut menggunakan batu berlian semula jadi. Ditambah pula dengan rekaan yang cukup moden, barang kemas jenama ini nyata memberi nuansa gaya yang segar kepada wanita sofistikated.