FIZIWOO & Selberan Untuk Koleksi Baju Raya - Glam Malaysia

FIZIWOO & Selberan Untuk Koleksi Baju Raya

The models with Chen Tien Yue, Fizi and Kai

 

Duo ini memberikan sentuhan magis di bawah jenama yang semakin meningkat naik iaitu FIZIWOO untuk koleksi PERSONA, kerjasama bersama Selberan. Bertempat di butik Selberan di Pavilion, acara tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti dan personaliti popular seperti Fyza Kadir yang mendapat sentuhan glamour dengan anting-anting songket dan rantai leher Selberan, manakala Ms Universe Malaysia 2013 Carey Ng ditatarias bersama rantai berlian Selberan. Ianya turut dihadiri oleh Ms Universe Malaysia 2016 Kiran Jassal dan pelakon Zahida Rafik.

 

 

Selberan presents PERSONA featuring Kuala Lumpur St Petersburg FIZIWOO Raya 2016_6

 

Koleksi barangan kemas PERSONA daripada Selberan ditampilkan bersama himpunan Kuala Lumpur-St Petersburg FIZIWOO Baju Raya 2016 yang mendapat inspirasi dinasti Romanov. FIZIWOO menambahkan sentuhan unik ke atas potongan tradisional baju kurung wanita dengan penambahan western necklines dan peplum. Rona hitam dan emas mendominasi koleksi indah tersebut yang menggambarkan cita rasa fesyen golongan bangsawan susur galur Romanov.
 

 

Selberan presents PERSONA featuring Kuala Lumpur St Petersburg FIZIWOO Raya 2016_1

 

Selberan presents PERSONA featuring Kuala Lumpur St Petersburg FIZIWOO Raya 2016_3

 

Selberan presents PERSONA featuring Kuala Lumpur St Petersburg FIZIWOO Raya 2016_4

 

Selberan presents PERSONA featuring Kuala Lumpur St Petersburg FIZIWOO Raya 2016_5