Black Tie Event Ada Gaya Tertentu, Cedok Inspirasi Di Sini

Inspirasi Gaya Terbaik Ke Majlis Black Tie

Menerima jemputan untuk majlis Black Tie Event, tentunya membuatkan anda rasa sangat teruja. Namun, sesetengah individu mungkin tidak tahu pakaian apa yang sesuai untu dipakai. GLAM cadangkan enam fesyen ke Black Tie Event untuk tampil bergaya.

Black tie event adalah kod pakaian rasmi untuk majlis-majlis malam. Contohnya seperti parti makan malam, sambutan hari lahir, makan malam atau perkahwinan. Ianya kurang formal dari white tie tetapi lebih formal daripada bussiness dress dan biasanya dipakai selepas jam 6 petang.

Untuk pengetahuan anda, kod pakaian bagi wanita untuk menghadiri ke majlis Black Tie Event seperti gaun panjang ke lantai, seperti sutera charmeuse, chiffon, atau Mikado yang dihiasi dengan renda Alencon, sulaman atau kristal. Black Tie Event adalah majlis rasmi yang perlu berpakaian sesuai.

Anda tidak boleh memakai pakaian kasual seperti seluar jeans, kemeja-T, seluar pendek atau jumper.

6 Gaya Fesyen Black Tie Event Pilihan GLAM

1. Black Tie Cocktail Dress

Menerima jemputan Black Tie Event, tentunya membuatkan anda rasa sangat teruja. GLAM berkongsi fesyen Black Tie Event untuk tampil bergaya.

Untuk majlis Black Tie, gaun koktel boleh menjadi pilihan yang ideal bagi wanita yang tidak selesa memakai gaun panjang. Jadi untuk mengekalkan penampilan, anda boleh pilih ton hitam serta bersama dengan aksesori. Lihat set lengkap dari DIOR yang menjadi pilihan kami.

See also
Parti Terhebat 2015

2. Black Tie Gala Dress

Menerima jemputan Black Tie Event, tentunya membuatkan anda rasa sangat teruja. GLAM berkongsi fesyen Black Tie Event untuk tampil bergaya.

Hitam ialah pilihan terbaik untuk tema Gala. Namun, anda juga boleh mencuba rona lain seperti putih, merah atau metalik. Menyarung fesyen Gala di majlis Black Tie adalah masa yang sesuai untuk anda tampil menyerlah.

3. Formal Black Dress

Menerima jemputan Black Tie Event, tentunya membuatkan anda rasa sangat teruja. GLAM berkongsi fesyen Black Tie Event untuk tampil bergaya.

Ramai wanita memilih memakai gaun hitam ke sesuatu majlis kerana warnanya yang klasik dan relevan. Rona hitam sangat sesuai untuk semua warna kulit. Namun, jika anda memilih tema ini, anda perlu menambah hiasan atau memilih aksesori untuk menonjolkankan penampilan anda.

4. Black Tie Dress

Dengan memakai gaun panjang di majlis Black Tie, ia menampilkan look yang sangat glamour dan feminine. Rona ton yang gelap adalah pilihan yang sesuai dan jangan lupa untuk lengkapkan outfit ini dengan aksesori tambahan.

5. Black Tie Dress Etiquette

Walaupun gaun koktel menjadi pilihan yang sesuai untuk ke majlis Black Tie, namun gaun panjang menjadi pilihan untuk kelihatan lebih mewah. Memilih pakaian yang menampilkan siluet serta warna yang elegant ia akan membantu anda untuk memahami look ini.

See also
GLAM Horologi: White Lush

Lihat gaun dari Alexander Mcqueen, tas tangan dari dior, kasut tumit tinggi dari prada dan anting-anting dari Tiffany and Co. Set lengkap ini adalah pilihan yang tepat untuk memilih look gaun etiquette. 

6. Black Tie Optional

Black Tie Optional adalah pilih gaya untuk kelihatan santai namun masih mengekalkan look yang canggih dan anggun. Anda juga boleh memilih antara gaun panjang atau gaun koktel. Untuk pilihan gaun panjang, anda boleh cuba gaun dari Saint Laurent yang menjadi pilihan GLAM. Ia juga dilengkapkan dengan tas tangan dari YSL, kasut tumit tinggi dari Dolce Gabanna dan rantai leher dari Cartier.

Artikel Berkaitan : Mengapa Persalinan Biru Sering Menjadi Pilihan Kate Middleton & Keluarga?