Emporio Armani Kolaborasi the Smurfs Koleksi Kanak-Kanak
Fesyen Kanak-Kanak Bersama Emporio Armani & The Smurfs

Fesyen Kanak-Kanak Bersama Emporio Armani & The Smurfs

Emporio Armani hadirkan koleksi dedikasi kanak-kanak hasil kolaborasi bersama the Smurfs. Menawarkan rekaan yang menyeronokkan juga sesuai digayakan ketika pergi melancong musim panas ini bersama ibu dan bapa mereka. 

The Smurfs, watak kartun yang ikonik dan kesukaan ramai yang datang dari dunia ajiab yang menyeronokkan, bertemu dengan gaya Emporio Armani buat kali pertama. Menghadirkan koleksi khas untuk kanak-kanak yang mengutamakan fokus jenama tersebut pada alam sekitar yang sensitif. Satu koleksi yang meraikan kelestarian dalam fesyen. 

Kerjasama dengan the Smurfs, duta kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan 17 Matlamat Pembangunan Mampannya, menghasilkan pakaian dan aksesori yang menyeronokkan, selesa, direka untuk kanak-kanak. Memberi variasi gaya buat kanak-kanak sepanjang musim panas ini. Koleksi ini diperbuat daripada bahan dengan impak alam sekitar yang lebih rendah. 

Helaian jersi lembut, kemeja-T dan topi dalam warna kelabu, biru laut, kuning air dan merah jambu. Turut menampilkan grafik the Smurfs yang eksklusif dicetak atau disulam pada helaian-helaian terkandung. Rekaan dari koleksi ini memiliki desain playful dan pilihan tepat jika anak-anak kecil ingin bertampil kasual dan penuh detail di waktu bersamaan. 

See also
6 Beauty Moments In Venice Film Festival

Koleksi pakaian dilengkapi aksesori seperti cermin mata yang diperbuat daripada bahan-bahan ramah lingkungan. Motif dan reka bentuk cermin mata itu menarik perhatian kami dan secara mudah telah menjadi salah satu aksesori kesukaan kami. Pasti anak-anak suka dapat memilikinya. Apalagi menggayakan kala percutian musim panas nanti. 

Artikel berkaitan: Update Terkini Fesyen Mesti Tahu