Ini Kisah Fesyen Gaya Era Regency Dalam Siri Ketiga Bridgerton
Gosip terhangat daripada Lady Whistledown kepada pembacanya kembali di dalam musim ketiga drama bersiri Bridgerton.
Siri ketiga drama Netflix ini kini menceritakan tentang Penelope Featherington (Nicola Coughlan) dan anak lelaki ketiga Bridgerton, Colin Bridgerton (Luke Newton). Penelope dan Colin yang sudah menjadi sahabat baik akhirnya jatuh cinta dengan satu sama lain di dalam drama bersiri ini.
Gaya Fesyen Drama Bersiri Bridgerton
Selain daripada kisah cinta Penelope dan Colin, salah satu perkara menarik dalam rancangan ini ialah fesyen dan gaya regency di dalam drama bersiri tersebut. Seperti filem seperti Pride and Prejudice (2011) dan Jane Eyre (2011), Bridgerton juga berkisahkan tentang zaman dari tahun 1795 hingga 1837. Tetapi, jika dibandingkan dengan dua filem tersebut yang gaya fesyennya lebih fokus kepada rona neutral atau putih, Bridgerton memaparkan gaya fesyen yang lebih berwarna-warni.
Gaya fesyen watak utama pada musim ketiga, Penelope, menampakkan perubahan yang besar jika dibandingkan dengan musim pertama. Penelope kelihatan lebih berani menggunakan rona-rona yang menaikkan lagi seri mukanya. Pereka pakaian siri ini untuk musim ketiga, John Glaser, menukar jenis fabrik dan siluet yang lebih sesuai dengan kulit dan rambut Penelope.
“Untuk musim ini, kami sebenarnya cuba untuk membuatkan pakaian-pakaian ini kelihatan seperti sebuah lukisan atau sebuah taman. Kami menggunakan banyak roan ombre daripada cerah ke gelap.” Ujar Glaser tentang inspirasi pakaian untuk musim ketiga Bridgerton. “Bagaikan bunga dan musim yang bertukar warna, kami mahu ia kelihatan seperti lukisan yang lembut,” ujar Glaser lagi.
Gaya Georgian Pemaisuri Charlotte
Walaupun kesemua yang berada di zaman regency Bridgerton mempunyai gaya yang lebih moden, pemaisuri kesayangan negara itu masih lagi menggayakan busana daripada zaman Georgian. Contohnya korset, skirt kembang, dan rambut palsu yang besar. Terdapat beberapa andaian daripada peminat Bridgerton tentang gaya fesyen Permaisuri Charlotte. Kononnya, dek penyakit suaminya Raja George, Permaisuri Charlotte mahu suaminya mengenalinya dengan gaya Georgian itu seperti zaman mereka masih muda.
Setiap siri Bridgerton menceritakan kisah pencintaan daripada keluarga Bridgerton. Siri pertama menceritakan kisah cinta puteri sulung keluarga ini, Daphne (Phoebe Dyvenor) bersama Duke of Hastings Simon Basset (Regé-Jean Page). Siri kedua menceritakan kisah “enemies to lovers” putera sulung keluarga itu, Anthony (Jonathan Bailey) dan Kate Sharma (Simone Ashley) dan pada tahun ini, Colin menjadi tumpuan ramai bersama Penelope.
Gambar oleh: Netflix dan Instagram Bridgerton Netflix