Fabulous Family: Noor Nabila, Neelofa & Ameera Khan
Nabila Neelofa Ameera

Fabulous Family: Noor Nabila, Neelofa & Ameera Khan

Hanya di GLAM, kami kumpulkan Noor Nabila, Neelofa & Ameera Khan dalam satu lensa yang sama. Berkongsi kisah disebalik keteguhan diri, keakraban kasih sayang serta bagaimana terus maju membina empayar masing –masing. Mencipta memori bersama yang tidak boleh dilupakan.

teks MARINI MAT ZAIN pengaya kreatif  AIZAT AIDID pengarah seni kanan KHAIRANI RAMLI pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar CHUAN LOOI/ YIPIEYAYA STUDIO penata gaya & arahan seni COLIN SIM solekan LEEN ZAKARIA (NEELOFA), NAJEEB AZAMI (NOOR NABILA), RACHEL (AMEERA KHAN) dandanan BIBIAN LEONG penata gaya hijab YAYA IBRAHEM penyelaras SYAHIRAH HUSSAIN & MAYA KUSUMA

Kisah Famili, Fesyen & Fame

Kemesraan tiga beradik ini terserlah di sesi penggambaran. Ketika bersiap, riuh perbualan tanpa henti. Mereka saling bergurau dan mengusik. Apa agaknya isi kisah mereka tiga beradik? Mereka adik beradik cantik yang menempa nama di dunia hiburan sering menjadi penghias muka depan majalah. Juga mendapat perhatian jenama-jenama antarabangsa.

Nabila Neelofa Ameera

Bakat berniaga diwarisi daripada keluarga ibunya dari Pasir Mas, Kelantan. Siapa tidak kenal keluarga besar Noor Mohamaed (Datuk kepada mereka) di kampung. Setelah Neelofa berjaya tembus ke dunia lakonan dan pengacaraan, mereka menawan Malaysia tanpa berpaling lagi. Sembilan adik beradik ini sangat akrab dan menurut Nabila, mereka memang riuh setiap kali bertemu. Biar jarak usia jauh, mereka masih berkongsi banyak hal. “Ketika menonton televisyen, baik mandi, semua dilakukan bersama-sama. Kalau dikenang semula, rindunya saat itu,” ujar Nabila sebagai kakak kepada Neelofa dan Ameera.

See also
Allergic Rescuers KL Berbakti Dengan Tujuh Gadis

“Kami memang rapat sampai ke tahap saya tidak ralat kalau terlepas berkumpul bersama kawan-kawan kerana saya punya adik beradik ramai. Saya punya ramai adik beradik untuk dihabiskan waktu bersama,” ujar Neelofa.

Waktu berlalu pantas, masing-masing sudah meningkat dewasa dan matang. Semestinya cara mereka bergaul pun berubah. Sebagai kakak, Nabila lebih banyak memantau dan mendengar cerita adik-adiknya. Dia akan memberi pendapat hanya jika diperlukan.

Nabila Neelofa Ameera

“Kami terlalu rapat sehingga memastikan akan bertemu walau sekali sehari. Mungkin mencari waktu untuk bertemu sekali sehari, mungkin waktu makan pagi atau tengah hari,” ujar Ameera pula.

Bagi Nabila, kenangan terindah apabila mereka dapat berkumpul, makan-makan sambil berbual-bual. Semestinya mereka meminta ibu mereka Noor Kartini masak. Masakan ibu pasti menyenangkan. Ameera pula tidak mungkin memilih satu kerana semua kenangan bersama keluarga memang tiada nilai boleh diukur.

“Saya pula memilih waktu bercuti bersama Nabila dan Ameera ke luar negara,” tambah Neelofa. Kini masing-masing punya keluarga sendiri, kecuali Ameera. Semestinya agak mencabar untuk mereka berkumpul. Namun mereka tetap mencuri waktu luang untuk bersama-sama. Mereka sering dipesan orang tua betapa pentingnya keluarga. Jangan diberi peluang orang luar untuk berkata buruk terhadap keluarga.

See also
Sentuhan Kemewahan Gemersik Juste un Clou oleh Cartier

Komunikasi adalah kunci segala-galanya. Bapa mereka akan kumpul dan memanggil seorang-seorang untuk bersemuka sekiranya berlakunya masalah. Menurut Nabila, masalah akan selesai dan tidak meleret-leret. Ameera pula menambah, bapa juga berpesan agar mereka adik beradik bersatu. Keluarga harus diutamakan.

Ternyata bapa menjadi tokoh atau figura paling mereka sanjungi. “Bapa dipesan agar tidak berpecah belah dan saling membantu. Mama pula seperti kawan baik kami yang boleh berkongsi semua. Mereka adalah keseimbangan yang baik buat kami,” tambah Neelofa.

Nabila Neelofa Ameera

Ibu juga menjadi tunggak bagi mereka adik beradik. Seorang wanita kuat terutama di dunia perniagaan berkaitan. Menurut Nabila, dia tak mampu mengejar kejayaan ibunya. Nasihat paling berharga pernah diberi, “Kita kena percaya pada diri kita dan jangan putus asa. Usaha, usaha, usaha sebab rezeki tu Allah swt dah selitkan untuk kita di sesuatu tempat contohnya seperti perniagaan. Terpulang kepada kita untuk usaha usaha sampai tahap mana.”

“Dan, lagi satu mama pernah cakap, bila kita buat bisnes, ‘sky is the limit’. Tak ada apa yang tidak boleh kita capai apabila kita ada cita-cita yang memacu fikiran kita,” tambah Nabila lagi.

“Saya pula ingat pesan mama, jadilah seperti padi, makin berisi makin merunduk. Sentiasalah merendah diri,” ujar Nellofa pula.

See also
Panggung Fesyen Miu Miu

“Ya, nampak seperti mama melakukannya sangat mudah, namun kerana mamalah kami rapat dan menghargai satu sama lain. Kata mama, keluarga perlu didahulukan sentiasa,” ujar Ameera.

Mereka memang akan ada di belakang satu sama lain— Beri semangat, beri nasihat. Nabila bersyukur kerana keluarge mereka punya sistem sokongan terbaik. “Tanpa mama dan adik beradik lain, macam mana lah agaknya saya melayari bahtera kehidupan ini,” ujar Nabila.

Menurut Ameera pula, keluarga mereka saling menyokong tanpa soal. Mereka akan sentiasa ada untuk satu sama lain dari dahulu hingga kini. Adanya ibu bapa dan keluarga, Ameera tidak perlu risau menghadapi cabaran hidup kerana dia tahu siapa dia perlu berpaling saat memerlukan.

Cabaran paling besar adalah menguruskan jangkaan orang ramai dan tekanan daripada media. Ketika itu Nabila dan Neelofa tinggal sebumbung. Dua tiga tahun awal memang sukar, terutama membaca tulisan media mengenai Neelofa. Sangat mencabar. Orang ramai juga ada pandangan mereka tersendiri. Tetapi lama kelamaan mereka dapat mengasingkan gosip dan kehidupan sebenar.

 

Baca kisah penuh Noor Nabila, Neelofa & Ameera Khan dengan mendapatkan majalah GLAM isu Oktober 2024 di pasaran sekarang atau langgan secara online menerusi magzter.com.