Epitome of Glamor - Glam Malaysia

Epitome of Glamor

Archival Cinema and EntertainmentGambar: TPGVIP

 
Glamor bukan sahaja mengenai penampilan, ia juga mengenai peribadi seseorang itu yang menerbitkan keyakinan. Kata Alexander Wang, semua orang pandai bersiap cantik jika mahu nampak glamor, namun yang paling penting sekali adalah bagaimana mereka ini masih nampak glamor ketika menikmati days off masing-masing. Itu adalah satu lontaran idea yang kita boleh lihat sekarang, yakni gaya glamor itu mudah untuk dicapai. Sarung saja helaian berjenama mewah, kasut Sergio Rossi, beg Chanel terus lengkap uniform glamor mereka. Apa lagi dengan adanya saluran yang mudah untuk mendapatkan idea cara glamor, tentu sekali wanita sekarang mahu bersiap ala melewati permaidani merah.
 
Mencipta gaya glamor mungkin dianggap mudah buat mereka yang tidak faham erti sebenar. Hakikatnya, ia mengambil masa yang lama kadangkala berbulan untuk mencipta satu gaya glamor yang punya momen tersendiri. Lihat sahaja bagaimana para penata gaya di Hollywood perlu berjuang keras mendapatkan gaun indah buat selebriti mereka. Rachel Zoe sebagai contoh berminggu-minggu cuba mendapatkan dress yang hendak disarung oleh Anne Hathaway dari Chanel. Sehingga Karl Lagerfeld bersetuju mengubah rekaannya, khas atas permintaan Zoe. Ini meletakkan Zoe sebagai antara penata gaya paling popular kerana dia ada mata untuk mencipta momen glamor selebriti di bawah jagaannya.
 
Permaidani merah adalah satu gelanggang utama untuk mencari idea buat menerbitkan rasa glamor, lebih-lebih lagi jika acara anugerah Oscar. Bukan sahaja orang dalam industri filem setia menunggu, malah kelompok fesyen juga ternanti-nanti apa yang bakal disarung oleh selebriti wanita ketika melewati permaidani merah. Semestinya, adibusana menjadi pilihan selebriti kelas A dan penting untuk mendapatkan hak eksklusif agar tidak ada selebriti lain menyarung dress yang sama. Seperti kisah Anne Hathaway dengan Amanda Seyfried yang khabarnya bakal menyarung dress hampir sama. Terus Hathaway memilih dress Prada ke Oscar dan menggantungkan semula dress Valentino.
 
Kisah glamor bukan sahaja pada pemakaian anda, kerana ia lebih daripada itu. Ya, apa yang disarung memang memainkan peranan penting untuk mencipta gaya glamor. Juga, solekan serta dandanan yang betul membantu penampilan anda. Namun, gaya hidup kita dan cara kita membawa diri juga penting untuk mengukuhkan stail glamor. Mungkin anda mampu membeli dress dengan tanda harga beribu-ribu ringgit, namun jika perangai tidak dijaga mungkin tetap dipandang sepi oleh orang sekeliling.
 
Biar apapun gaya glamor yang hendak anda pilih, semua itu perlulah kena dengan karakter peribadi. Bekas editor terkenal majalah Vogue, Diana Vreeland berkata yang gaya elegan sebenar ada dalam benak fikiran semua orang, jika kamu tahu bagaimana untuk menzahirkannya the rest really comes from it. Luaskan mata, usah hanya tertumpu pada satu sumber untuk bergaya glamor, kini punya banyak pilihan dan cabar diri untuk tampil dengan cara yang lain berbanding orang lain.
 
 

See also
Simbolik Cincin Berlian Terbaharu Meghan Markle