Emporio Armani Menuju Masa Depan Yang Lebih ‘SUSTAINABLE’ - Glam Malaysia
Emporio Armani Menuju Masa Depan Yang Lebih ‘SUSTAINABLE’

Emporio Armani Menuju Masa Depan Yang Lebih ‘SUSTAINABLE’

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

DEDIKASI MUSIM DINGIN 2023, SELEKSI REKAAN EMPORIO ARMANI MEMAKSIMALKAN UPAYANYA DALAM MENINGKATKAN POLA GAYA YANG RAMAH LINGKUNGAN. BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN DIPASTIKAN YANG TELAH DIKITAR SEMULA. MENAMBAH SATU LAGI OPSYEN GAYA KALA BERDEPAN CUACA SEJUK.

Istimewa untuk musim luruh/sejuk 2023, rekaan Emporio Armani kali ini memfokuskan pada mesej alam sekitar: estetika “big chill” bergabung penggunaan bahan, proses dan kemasan yang bertanggungjawab. Daripada bulu ke semua aspek yang dikitar semula hingga sebahagian kain diperbuat daripada gentian terpakai semula. Juga lencana yang dibuat menggunakan sisa bahan pengeluaran. Untuk memastikan kesan terhadap alam semula jadi diminimumkan. 

Rangkaian untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak termasuk jaket luar, jaket bomber, pullovers, jaket kemeja, jaket utiliti dan seluar. Setiap satu dicirikan oleh pilihan warna yang bukan tipikal dan menyerlah; rona merah, kuning dan biru elektrik. 

Cetakan keseluruhan yang memberi inspirasi pada pakaian luar dan bulu mempamerkan imej laut dan menampilkan kiub ais dalam gaya seni pop. Turut menampilkan burung helang Emporio yang sedang berhibernasi sebagai hiasan istimewa. Inspirasi untuk palet, yang mencerahkan rona semula jadi putih salji, beige dan biru gelap, sebahagiannya datang daripada warna rumah-rumah di kutub Utara. 

See also
Pusat Peranginan Berkonsepkan Istana

Pola gaya memiliki esensi feminin dengan penekanan pada perincian. Di sisi lain, koleksi ini masih kental akan DNA dari Emporio Armani yang mahir dalam tailoring bergabung sportswear. Dengan sentuhan playful tanpa kehilangan nuansa sofistikated seperti salah satu rangkaian dengan fokus warna merah dengan imbuhan detail corak juga warna. 

Secara keseluruhan, koleksi kapsul berteraskan ‘sustainable’ ini nyata mengadaptasi gaya streetwear dan memiliki karakter yang versatil dan effortless.

Pemilihan fabrik yang digunakan adalah seperti nilon lut sinar kitar semula dengan kesan tiga dimensi, kain berat, kapas organik, baldu ultra lembut dan ‘twill’, ‘washed fleece’ dan jersi. 

LIMA STAIL PILIHAN DARI KOLEKSI KAPSUL ‘SUSTAINABLE’ EMPORIO ARMANI…

  1. JAKET KEMEJA