Emma Stone Dipilih Sebagai Bintang Kempen Besar Louis Vuitton

Emma Stone Dipilih Sebagai Bintang Kempen Besar Louis Vuitton

Selepas menerima pengiktirafan untuk hasil karyanya melalui filem La La Land dengan anugerah Oscar pertamanya, Emma Stone telah dipetik oleh jenama mewah Louis Vuitton untuk menjadi bintang utama kempen mereka dengan tawaran yang dilaporkan mencecah $10 juta.

 

Foto Ivan Nikolov/WENN.com

Menurut satu sumber kepada Page Six syarikat besar LVMH telah cuba untuk mendapatkan pelakon tersebut hampir setahun sebelum dia mempersetujui untuk menerima tawaran dalam anggaran $6 juta – $10 juta sebagai duta Louis Vuitton dalam tempoh dua tahun.

 

I am truly happy #emmastone is joining #louisvuitton today as a new ambassador ?

A post shared by ? (@nicolasghesquiere) on

Laporan ini telah disahkan oleh pengarah kreatif LV, Nicolas Ghesquière, melalui akaun Instagram Louis Vuitton dan akaun peribadinya.

 

Laporan lain turut menyatakan Louis Vuitton juga telah cuba untuk mendapatkan teman Stone dalam La La Land, Ryan Gosling, selama tiga tahun dan dia telah menolak semua tawaran yang dibuat kerana Gosling tidak berminat dengan tawaran endorsan.

See also
Kristen Stewart Sebagai Muka Wangian Terbaru Chanel Selepas 15 Tahun

 

Antara bintang-bintang yang pernah menjadi duta untuk Lousi Vuitton sebelum Stone adalah Alicia Vikander, Diane Kruger, Uma Thurman, Gisele Bündchen, Pharrell Williams, Scarlett Johansson, Kanye West, Angelina Jolie, Muhammad Ali dan Michelle Williams.