Emily Ratajkowski Tarik Perhatian Tunjuk Cincin “Cerai”
Kisah dan inspirasi cincin cerai Emily Ratajkowski menarik perhatian ramai!
Anda mungkin pernah mendengar tentang cincin pertunangan,tetapi bagaimana pula cincin perceraian? Cincin itu merupakan cincin yang menyentuh hati terbaru Emily Ratajkowski yang ditambah ke kotak perhiasan peribadinya. Menurut perceraian model itu pada tahun 2022 bersama Sebastian Bear-McClard, Emily baru-baru ini memutuskan untuk memanfaatkan semula cincin pertunangannya yang terdahulu.
Dua gaya cincin baru yang melambangkan perubahan niat dan perasaan mereka terhadap cincin itu. Emily telah memperkenalkan cincin itu pada kiriman Instagram awal pagi ini dengan kepsyen divorce ring . Cincin-cincin ini mewakili evolusi peribadi Emily katanya dalam satu wawancara eksklusif. Emily juga menyatakan bahawa, “Saya tidak fikir seorang wanita patut melupakan berliannya hanya kerana hanya kehilangan seorang lelaki.”
Dua Cincin Simbol Bahagia Emily Ratajkowski
Idea untuk memanfaatkan semula cincin itu melanda Emily Ratajkowski ketika membaca esei rakan baiknya Stephanie Danler yang berjudul “The Unravelers” di The Paris Review. Dalam esei tersebut ada menceritakan mengenai kisah snake ring neneknya yang terdiri daripada batu-batu yang berbeza hasil daripada perkahwinan sebelumnya. Emily menyatakan lagi dia menyukai idea cincin yang tidak segan silu mewakili kehidupan yang telah dilalui oleh seorang wanita.
Emily kemudian mendekati rakannya dalam bidang pembuatan perhiasan Alison Chemla yang juga merupakan pengarah kreatif di belakang jenama barang kemas halus Alison Lou untuk bekerjasama dalam konsep baru beliau. Chemla adalah orang yang sempurna untuk projek ini kata Emily kerana beloau adalah individu yang bertanggungjawab merancang cincin pertunangan asal Emily sebelum ini
Emily Ratajkowski dan Alison Chemla menghabiskan banyak masa bagi membincangkan apa yang diingininnya dan bagaimana Emily ingin rasakan apabila memakai cincin-cincin tersebut. Demi memberikan perasaan baru kepada perhiasan perceraian ini, Emily Ratajkowski dan Alison Lou memutuskan untuk memisahkan cincin pertunangan dan menjadikannya dua cincin.
Kedua-dua cincin ini menggabungkan batu asal cincin pertunangan iaitu pear-shaped diamond dan princess-cut diamond serta tetapan platinum dan emas kuning 18 karat. Penggunaan pear-shaped diamond sebagai cincin kelingking memberikan kesan yang sebenar kepada Emily Ratajkowski. Bagi princess-cut diamond, dua batu trapezoid ditambah pada setiap sisinya supaya ia kelihatan besar dan menawan.
Sumber imej dari Instagram
Dari segi rujukan, Emily Ratajkowski mengatakan siluet kedua-dua cincin baru itu diilhamkan oleh Rihanna. Emily sangat terinspirasi oleh cincin berlian Rihanna dan suka akan idea cincin perkahwinan terdahulunya berakhir di jari kelingking. Pembuatan princess-cut diamond lebih mencabar apabila Alison dan Emily mencari sesuatu yang segar tetapi abadi bagi rekaan cincin baru itu.
Emily Ratajkowski juga menyatakan dia mahukan sesuatu yang berbeza dari koleksi cincin toi et moi. Kata Emily lagi dia sudah bosan dengan reka bentuk asal dan merasakan ia tidak istimewa. Cincin hasil transformasi ini menjadi kesukaan Emily dan susah untuk dilepaskannya.
Walaupun mencipta potongan baru ini adalah satu cabaran menyeronokkan bagi mereka berdua namun makna yang lebih mendalam di sebalik proses reka bentuk ini menyuntik lagi elemen istimewa dalam cincin tersebut. Kata Emily lagi, projek ini sangat menyeronokkan untuk bekerjasama dalam tempoh peralihan besar dalam hidup saya. Kini cincin itu menjadi simbolik bagi Emily dan menjadi bukti bahawa hidupnya kembali menjadi miliknya semula.
Apabila cincin itu dipakai, Ratajkowski mengakui bahawa dia merasa satu rasa kuasa dan menggunakan perhiasannya itu untuk mengubah naratif tentang perceraian dan melangkah ke hadapan. Ini adalah beberapa tahun yang gila, dan akhirnya saya merasai rasa ketenangan dalam diri saya. Bagaimanapun, cincin-cincin ini membuatkan Emily Ratajkowski terasa seperti peringatan bahawa beliau boleh membuat dirinya bahagia dengan cara yang tidak pernah dia bayang.
Sumber imej dari Instagram